Sebuah inisiatif pengumpulan dan penghantaran pakaian musim sejuk kepada mereka yang memerlukan di Syria.
Derita Kesejukan Melampau
Walaupun Syria telah mencapai kebebasan, ramai rakyatnya masih terpaksa tinggal di dalam khemah usang dan rumah yang musnah. Musim sejuk dan salji menjadi mimpi ngeri dengan cuaca beku di bawah paras sifar mampu meragut nyawa. Ujian ini terlalu berat untuk mereka tanggung.
Bersama kita boleh bantu sediakan kelengkapan pakaian musim sejuk untuk mereka menerusi Projek Pengumpulan Pakaian Musim Sejuk Baharu dan Terpakai, Warm Their Winter.
Apa Itu Projek Warm Their Winter?
Projek Warm Their Winter adalah sebuah inisiatif pengumpulan dan penghantaran pakaian musim sejuk kepada mereka yang memerlukan di Syria bagi membantu menghadapi musim sejuk dengan suhu sehingga di bawah paras beku.
Pada tahun 2019, ianya telah dinamakan semula sebagai
Projek Pengumpulan Pakaian Musim Sejuk Baharu dan Terpakai, Warm Their Winter
dan digunakan sehingga ke hari ini.
Projek ini yang dimulakan pada tahun 2014 dengan nama ‘Pakaianku Mendahului ke Syurga’ telah mendapat sambutan yang sangat memberangsangkan daripada rakyat Malaysia.
Kutipan pakaian yang dikumpulkan akan dihantar menggunakan kontena ke bumi Syam bagi memastikan mereka di sana mendapat kelengkapan pakaian rapi sebagai persediaan untuk mengharungi musim sejuk.
Gambar: Kontena Warm Their Winter yang telah penuh dengan 792 kotak pakaian musim sejuk dan 236 selimut tebal hasil sumbangan rakyat Malaysia pada tahun lalu.
Bersama Jayakan Misi Ini!
Bagi memastikan bantuan pakaian musim sejuk ini diterima oleh para penerima manfaat, Syria Care telah menggerakkan sumbangan Tabung Warm Their Winter khusus untuk mengumpul dana bagi menampung kos pengurusan dan penghantaran kontena ke destinasi yang ditetapkan.
Selain itu tabung ini juga dibuka untuk pembelian guni pakaian atau bale berisi pakaian musim sejuk terpakai bagi mereka yang ingin turut sama menyumbang tetapi mempunyai kekangan untuk mendapatkan pakaian sesuai yang diperlukan.
Bagaimana anda Boleh Bantu?

TABUNG WARM THEIR WINTER
Sumbangan kos pengurusan dan penghantaran kontena daripada Malaysia ke Syria yang bernilai RM150,000.00.

PEMBELIAN 'BALE BUNDLE'
Pembelian Bale Bundle pakaian musim sejuk melalui Syria Care untuk disumbangkan kepada rakyat Syria.

PAKAIAN MUSIM SEJUK
Anda boleh menyumbang pakaian musim sejuk yang bersih dan elok ke lokasi pusat pengumpulan yang ditetapkan.

HAPPY BOX
Hantar ‘Happy Box’ untuk anak-anak Syria yang mengandungi set alat tulis, kotak pensil dan kad ucapan. Terhad untuk 200 orang terawal sahaja.

SUKARELAWAN
Sukarelawan diperlukan bagi membantu kerja-kerja penerimaan pakaian, pemilihan, pengasingan & pembungkusan.
Garis Panduan Pakaian Yang Diterima

Baju Sejuk & Jaket
Baju sejuk lelaki, wanita dan
kanak-kanak sangat diperlukan.

Baju Thermal
Membantu menjaga keseimbangan
suhu tubuh badan.

Baju lengan Panjang
Berfungsi sebagai lapisan yang dapat memberikan kehangatan.

Kasut
Terutamanya 'boots',
kasut kalis cuaca dan tahan lasak.

Aksesori
'Snow cap', sarung tangan, mafla,
stoking tebal dan yang berkaitan.

Selimut tebal
Untuk kegunaan di dalam khemah bagi mengekalkan rasa kehangatan.
Maaf, Kami tidak menerima

Baju yang nipis, baju lengan pendek, baju kurung, baju kebaya, baju melayu, baju koyak, baju yang rosak, baju tidak sopan dan lain-lain pakaian yang tidak sesuai untuk kegunaan ketika musim sejuk.
Agihan Tahun Lalu
Wajah-wajah penerima pakaian musim sejuk melalui Projek Pengumpulan Pakaian Musim Sejuk Baharu dan Terpakai, Warm Their Winter pada tahun 2024. Mereka sangat gembira kerana baju-baju yang diterima berada dalam keadaan baik dan kelihatan seperti baharu.
Berkonsepkan Free Market, penerima manfaat berpeluang untuk memilih sendiri pakaian seperti berkunjung ke kedai namun tiada apa-apa bayaran dikenakan. Suasana di pusat agihan sungguh meriah dengan kehadiran anak-anak kecil yang hadir bersama keluarga mereka bagi mendapatkan pakaian yang diperlukan bagi mengharungi musim sejuk.
Maklumat Pusat Pengumpulan Utama
Tarikh: 22 - 26 Oktober 2025
Masa: 9.00 pagi - 4.00 petang
Lokasi: Dewan Kiambang, Seksyen 7, Shah Alam
Untuk maklumat Lanjut
Talian Warm Their Winter











Sumbangan manual, transfer, atau secara Cash Deposit Machine boleh disalurkan ke akaun :
Rujukan: WTW