Pakaianku Mendahuluiku Ke Syurga

Allahu Akbar! Berita gembira buat semua penyumbang dan para sukarelawan! Kalian masih ingat akan Kempen Pakaianku Mendahuluiku Ke Syurga (3) yang telah kami lancarkan dalam bulan Ramadhan dan Syawwal yang lepas? Kami telah menghantar 2 kontena yang berisi lebih dari 700 kotak berisi pakaian-pakain yang telah disedekahkan oleh orang ramai.

Kempen Ramadhan Al-Khir 2 , 2014 (Tajaan Sekolah Syria)

Dengan sokongan dan dokongan dari rakyat Malaysia, pihak NGO Syria Care telah membiayai sebuah sekolah untuk anak-anak Syria yang rata-rata adalah dari kalangan anak-anak yatim. Sekolah yang berpusat di Taftanaaz yang terletak di bawah daerah Idlib, Syria, ini adalah di bawah kelolaan Sheikh Abdullah Ar-Rahhal dan mengajar mata pelajaran Agama Islam (Diniyah) juga matapelajaran Akademik.

Qurban Untuk Syria 2014

Allahu Akbar. Alhamdulillah thumma Alhamdulillah. Kesemua 21 ekor kambing dan 17 bahagian lembu telah selamat dilaksanakan qurbannya di daerah Ghoutah Timur pada hariraya yang pertama dan kedua Eidul Adha 2014. Juga 2 ekor kambing yang telah disembelih untuk aqiqah. Tahniah buat semua peserta Qurban For Syria pada tahun ini.