Harapan anak-anak Selatan Damshiq sempena Ramadan kali ini / #Food4Syria

https://www.youtube.com/watch?v=DPC_XAAySus

Ustazah Sakinah menerima video ini baru-baru ini dari orang yang bertanggungjawab terhadap anak-anak yatim di Selatan Damshiq.
Walaupun di dalam gambar dan video yang dihantar mereka menulis ‘Kepada Saudaraku Sakinah’ namun Ustazah memberitahu nama itu hanya sebagai simbol kepada semua yang terlibat.Staf di pejabat,para penaja dan semua penyokong Syria Care yang membolehkan bantuan sampai kepada anak-anak ini.
Di dalam video ini,mereka mengatakan :”Kunii ma’anaa” yang membawa maksud “Marilah bersama-sama kami dalam Ramadan” satu seruan untuk kita semua agar membantu mereka serta tidak melupakan mereka Ramadan kali ini.
Masakan kita mampu melupakan mereka.
Maka ayuh bersama dalam ‪#‎Food4Syria‬ kali ini.
Selepas Allah mereka hanya ada kita.
Jangan hampakan mereka…

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *