indian porn max aloha tube 8 family porn best malay porn hub エロ動画 วิดีโอเอ็กซ์ أنبوب الجنس العربي

IFTAR BERSAMA RAKYAT SYRIA

Alhamdulillah syukur kehadrat ilahi kerana misi kemanusiaan dari Syria Care, telah selamat menjalankan projek berbuka puasa bersama saudara-saudara kita yang jauh di negara yang mempunyai persilangan dua peradaban Barat dan Timur ini. Projek yang telah dijalankan  bermula dari 15 Jun 2015 ini adalah projek daripada Syria Care dalam misi menyampaikan bantuan bagi rakyat Syria. Walaupun kumpulan kami hanya dapat menjejakkan kaki di bahagian sempadan sahaja tetapi projek ini akhirnya dapat dilaksanakan. Pelarian-pelarian dari bumi Syria yang berkampung di sempadan Turki telah memeriahkan projek yang telah dilakukan ini. Walaupun masa yang agak panjang diambil untuk kumpulan kami tiba tetapi perasaan yang begitu damai dirasakan oleh ahli kumpulan kami setelah tiba di bumi penuh barakah ini, antara bumi anbiya dan bumi yang pernah memperlihatkan sejarah kegemilangan Islam melalui tokoh-tokoh yang bermula daripada Khulafah-Khulafah dari zaman Nabi sehinggalah zaman pemerintahan Turki Uthmaniyah.

Projek yang dijalankan oleh pasukan kami bermula dari tarikh 7 Ramadhan 1436H. Sepanjang dua minggu lebih keberadaan kami di bumi Turki ini, setiap hari iftar adalah di tempat-tempat yang berbeza. Selama tiga hari berturut-turut iaitu pada 7, 8 dan 9 Ramadhan kami berbuka puasa di Idlib, 12 Ramadhan di Timur Ghoutah, 15 Ramadhan di selatan Damsyik dan seterusnya kami kembali ke Idlib kembali.

aripada Zaid bin Khalid al-Juhhani r.a,. daripada Nabi SAW sabdanya, “Sesiapa yang memberi makan (berbuka) kepada orang yang berpuasa, ia akan mendapat pahala seperti orang yang berpuasa itu dan pahala orang yang berpuasa itu tidak berkurangan walau sedikitpun”. (At-Tirmidzi) Setinggi ucapan terimakasih kami ucapkan buat semua penyumbang dan mereka yang telah menjadikan projek ini satu kenyataan. Semoga Allah menerima semua amalan soleh kita dan menjadikannya asbab bagi kita untuk menghuni SyurgaNya
Daripada Zaid bin Khalid al-Juhhani r.a,. daripada Nabi SAW sabdanya, “Sesiapa yang memberi makan (berbuka) kepada orang yang berpuasa, ia akan mendapat pahala seperti orang yang berpuasa itu dan pahala orang yang berpuasa itu tidak berkurangan walau sedikitpun”. (At-Tirmidzi)
Setinggi ucapan terimakasih kami ucapkan buat semua penyumbang dan mereka yang telah menjadikan projek ini satu kenyataan.
Semoga Allah menerima semua amalan soleh kita dan menjadikannya asbab bagi kita untuk menghuni SyurgaNya

1538911_827543203999186_6790764348821351418_n 10341532_828800630540110_4019855622893930114_n 10414844_832014213552085_3737466207260685876_n 10470767_826469740773199_5326009254818692381_n 11049574_827543040665869_7191953537279348467_n 11050674_827542870665886_2924327795330916364_n 11053102_826381314115375_4185074534593484472_n 11221826_831926566894183_7260325904149213422_n 11248797_832014126885427_4633545232625767914_n 11252861_828077343945772_8525002762249845710_n 11403092_831882366898603_3540090369009280430_n 11403156_832519590168214_5150838853702177602_n 11403464_832013883552118_5481812482403133775_n 11659247_832519583501548_7904674717599861975_n 11659477_831882473565259_1461607305257311466_n 11659560_828798820540291_5722729974648368957_n 11665396_826562947430545_3234700677492474030_n 11665432_832014273552079_4440175973859087768_n 11666117_831882290231944_453155479716637033_n 11667276_831882380231935_1165785347023708271_n 11695492_828800607206779_5182920196478705746_n 11698683_831882283565278_626311760819439483_n 11700830_828800577206782_142694710284130752_n 11703077_828800447206795_4455574328208262141_n 11703082_828800557206784_9181928586426245402_n 11705366_832014223552084_3504528719734495919_n 11709430_826561784097328_4061368893674846593_n 11709576_831882453565261_8365516987011380053_nKami ingin mengucapkan syukur ke hadrat Ilahi kerana memberi kekuatan dan ketabahan kepada kami dan semua yang terlibat menyumbang harta dan tenaga bagi menjayakan projek ini. Wajah-wajah kegembiraan yang terpancar dari jiwa remuk mereka menggetarkan tangkai-tangkai hati kami yang melihat apabila pasukan kami tiba bersama dengan bekalan makanan untuk bersama-sama mereka berbuka puasa. Apabila melihat kedatangan pasukan kami yang ingin bersama-sama melakukan aktiviti memasak untuk berbuka puasa bersama, kebahagiaan jelas terpancar di wajah suci anak-anak kecil yang sudah lama menahan pedihnya rasa lapar yang berterusan, begitu juga kegembiraan yang terpancar di wajah-wajah orang tua mereka yang kelihatan jelas kedutan dan keringat yang menceritakan bertapa sengsaranya mereka bagi setiap detik helaan nafas mereka di tempat yamg menjadi taman permainan  Bashar itu. Sungguh perasaan sedih yang sangat mendalam dapat kami rasa apabila dapat memberi makanan kepada mereka dan senyuman ikhlas yang mereka ukirkan sebagai tanda penghargaan atas usaha kecil kami ini amat memberi makna pada diri kami.

Pengorbanan kecil kami ini bermula daripada 7, 8, 9, 12, 15, 19 sehingga 20 Ramadhan. Sepanjang bersama mereka, jelas terpancar rasa bahagia mereka, ikhlas menerima kunjungan dari pasukan kami. Perasaan bersama-sama saudara-saudara Syria ini umpama berada bersama keluarga sendiri di sebuah rumah. Sepanjang menjalankan projek iftar ini, setiap petang kami akan melakukan aktiviti memasak bersama. Setiap petang akan kelihatan orang-orang dewasa daripada pasukan kami dan saudara Syria sendiri akan membanting tulang bersama-sama memotong sayur, di bahagian lain meriah kelihatan mereka memasak nasi bersama, golongan kanak-kanak pula kelihatan bermain-main sambil menunggu makanan siap dimasak. Wajah bahagia dan penuh pengharapan mereka ini amat meruntun hati yang memandang. Sayu kelihatan wajah-wajah yang tidak mengerti apa-apa ini. Riuh rendah bunyi perbualan menggamit rasa hati dan berdetik di hati kecil kami, “alangkah berertinya jika situasi ini berkekalan”.Tetapi malangnya entah bila kebahagiaan bakal dikecap oleh mereka. Pada waktu malamnya pula, kami bersama-sama akan melakukan solat tarawih dan begitulah di hari-hari seterusnya, sepanjang keberadaan kami di bumi yang memperlihatkan penderitaan saudara-saudara kita ini.

Hari-hari setiap saat dapat bersama mereka begitu berharga sekali sehinggalah di hari terakhir kami berada di sana. “Wahai saudaraku kami akan datang lagi” begitulah apa yang terdetik di hati kami diiringi dengan linangan airmata, tetapi dalam masa yang sama mengharapkan mereka kuat menghadapi ujian hebat ini, pasukan kami telah bersedia melangkah dengan ucapan selamat tinggal. Wajah kesedihan atas pemergian kami jelas kelihatan di setiap inci wajah mereka yang menghantar kepulangan kami. “Kami akan kembali..”laung salah seorang dariapada ahli kami sebelum kenderaan kami bergerak meninggalkan kawasan pelarian itu.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *