Anak-anak Yatim Madrasah Hadharah (2015)

Istanbul Turki   Madrasah Hadharah,Istanbul telah diasaskan bagi menyediakan generasi yang mantap ilmu dan amalnya serta membawa dalam dirinya jati diri terhadap agama,bangsa dan ummat Islam keseluruhannya berpaksikan iman,ilmu dan akhlaq kepada anak-anak pelarian Syria di Istanbul yang kian meningkat.

Ianya terletak di daerah zaitiin Burnu,Istanbul Turki. Pihak Syria Care memainkan peranan besar dalam penyediaan bagi mengasaskan sekolah ini. Pihak pengurusan sekolah ini berusaha untuk menyediakan infrastruktur yang sesuai perkembangan para pelajar seiring dengan perkembangan dalam era teknologi.

Sekolah Hadharah mempunyai barisan para guru yang mempunyai kelayakan yang tinggi dan berkemampuan dalam bidang masing-masing di samping komited untuk memajukan anak-anak bangsa mereka. Team Syria Care telah melihat sendiri kesungguhan para pendidik di sini serta anak-anak yang begitu seronok menimba ilmu. Namun di sana terdapat anak-anak yatim yang tidak dapat meneruskan pengajian memandangkan kesempitan hidup.Samada mereka tidak mampu membayar yuran mahupun mereka sendiri yang terpaksa keluar untuk mencari rezeki.

Dengan itu pihak Syria Care ingin membuka peluang bagi rakyat Malaysia umtuk menaja pembelajaran anak-anak ini dengan nilai RM355.00 setiap bulan untuk tempoh 8 bulan dalam setahun dengan jumlah tahunan RM2848.00

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *