Agihan #Food4Syria-Bantuan Musim Sejuk

Alhamdulillah thumma Alhamdulillah. Sekali lagi pihak Syria Care menyampaikan berita gembira buat anda semua. Alhamdulillah, dengan izin Allah s.w.t. bantuan makanan asas sempena projek #Food4Syria dalam misi Bantuan Musim Sejuk Untuk Syria yang dihantar pada 28 November lalu telah sampai dan selamat diagihkan di kawasan Timur Ghoutah.

Tidak dapat digambarkan kegembiraan penduduk di sana. Hilang sudah kelesuan pada wajah mereka dan diganti pula dengan kegembiraan. Pihak Syria Care tidak mampu berdiri teguh andai tiada sumbangan dari anda semua. Sumbangan dana kalian amat membantu penduduk Syria. Terima kasih tidak terhingga buat anda semua.

Semoga sumbangan anda diganjari Allah s.w.t.

#Care4Syria #SyriaCare

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *