Maahad Abu Hanifah An-Nouman, Idlib (2016)

Alhamdulillah, kempen #Care4Syria telah menaja seramai 50 orang pelajar Maahad Abu Hanifah An-Nouman, Idlib dalam mendalami ilmu berkaitan syariah.

Meskipun peperangan di Syria masih lagi berterusan, pendidikan tidak boleh diambil mudah. Pihak Syria Care telah menaja sebanyak RM 16,220 (USD 4,000) bagi #Food4Syria sepanjang sesi pembelajaran berlangsung manakala RM8,110 (USD 2,000) bagi baik pulih masjid iaitu tempat para pelajar menerima ilmu.

Terima kasih kepada semua penyumbang kerana telah membuka peluang bagi anak-anak Syria menimba ilmu dunia mahupun akhirat. Semoga ilmu yang dipelajari mereka dapat memberikan manfaat kepada kita. Ameen.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *