Ucapan Pengerusi Syria Care sempena Pelancaran KRAK 5.0 di Hotel Putra KL (2017)

Assalamualaikum warahmatuLLahi wa barakatuh.

Setinggi-tinggi kesyukuran kerana kita telah pun dipanjangkan usia untuk berada di tahun 2017. Bagi kita rakyat Malaysia yang masih hidup dalam keadaan aman kita akan berasa optimis mengharapkan perkara yang baik-baik berlaku sepanjang tahun baru ini. Namun bagi mereka di Syria setelah konflik selama 6 tahun ini berlaku mereka seperti tidak ada apa yang ingin diharapkan. Konflik ini seperti tiada akhirnya.

Satu persatu bandar-bandar di Syria dimusnahkan dengan begitu kejam tanpa sifat keperimanusiaan. Dan yang lebih menyedihkan adalah apabila yang menjadi mangsa semua kemelut ini adalah manusia sama seperti saya dan anda semua.

Mereka kehilangan rumah untuk berlindung. Mereka kehilangan ahli keluarga untuk berkongsi rasa. Ramai dari kalangan anak-kanak Syria kehilangan peluang untuk menuntut ilmu. Mereka hilang peluang untuk merasai zaman kanak-kanak mereka. Mereka terpaksa melalui kehidupan yang tak dapat kita bayangkan kesusahannya.

 

Dunia dikejutkan dengan apa yang berlaku di sana apabila gambar adik Aylan Kurdi yang terdampar di pantai pada 7 Sept 2015 tersebar di dada akhbar dan internet. Atau ketika wajah Omran Daqnish yang kaku tiada emosi selepas selamat dikeluarkan dari runtuhan rumahnya di Aleppo pada 18 Ogos 2016. Namun apa yang berlaku kepada mereka bukan setakat berita-berita yang mendapat tempat di media sahaja.Ianya lebih dari itu.

Setiap hari ada sahaja angka kematian yang dilaporkan. Malah setiap jam ada sahaja yang menjadi mangsa kecederaan akibat serangan yang tak pernah membezakan di antara dewasa dan kanak-kanak.Antara wanita atau lelaki. Sehinggakan angka sebenar sudah dapat dikenalpasti dengan tepat.

Pada 15hb Disember 2016 yang lalu setelah bertahun-tahun melalui kepungan dan serangan akhirnya penduduk Aleppo terpaksa mengaku kalah dan keluar dari kampung halaman mereka demi untuk memastikan mereka tidak terus diburu maut akibat bom,roket mahupun kebuluran dan kesejukan. Sebelum itu pula pada 25 Ogos 2016 yang lalu,penduduk bandar Darayya yang terletak hanya lebih kurang 10 km dari istana presiden mereka mengalami nasib yang sama. Kini Darayya kosong dan sepi tanpa penghuni. Dan yang paling terkini Wadi Barada sebuah lembah di Barat Ghoutah yang berhampiran dengan kota Damsyik diserang dengan begitu hebat sekali sehingga penduduknya tidak mempunyai peluang untuk lari menyelamatkan diri.Kawasan lembah ini yang dikelilingi bukit menerima serangan dari kawasan tinggi dan antara yang paling menyedihkan adalah pusat takungan air bersih Ain Faihah musnah sama sekali menyebabkan ribuan manusia tidak mendapat bekalan air bersih.

Di Wadi Barada pada Ahad 15hb Januari 2017 yang lalu sebuah dewan yang menempatkan orang awam dari kalangan mereka yang telah kehilangan rumah dan mencari perlindungan dan tempat berteduh telah diserang dengan roket dan dalam sekelip mata 12 orang telah meninggal dunia sementara puluhan yang lain tercedera.

 

Bilakah kegilaan ini semua akan berakhir? Dan apakah peranan kita semua?

Sebagai insan yang sama-sama berkongsi matahari yang satu dan sama-sama menjadi warga bumi kita mempunyai tanggungjawab untuk membantu mereka yang masih hidup untuk melalui hari-hari yang sukar ini.Dan rakyat Malaysia telah terbukti di antara warga bumi yang paling perihatin terhadap kesusahan mereka walaupun cabaran hidup kita kian meningkat saban hari.Semoga Allah memberkati kehidupan semua rakyat Malaysia.

Sejak 2012 Syria Care telah tampil sebagai sebuah badan bukan kerajaan yang bergerak secara aktif untuk membantu rakyat Syria yang tersepit dalam konflik berdarah paling parah abad ini.

Dalam melaksanakan tugas-tugas kemanusiaan ini,kami memberi tumpuan kepada mereka yang tinggal di kawasan-kawasan yang paling sukar akibat kepungan dan lain-lain.Dan kami terbukti mampu melaksanakan amanah ini hasil kerjasama kami dengan 7 NGO tempatan yang memang berada di lapangan.Kami mempunyai pendirian untuk tidak bekerjasama dengan pihak rejim untuk memastikan bantuan kami sampai ke sana kerana banyak bukti menunjukkan sebahagian besar bantuan-bantuan ini di’pau’ dan ianya menimbulkan kemarahan rakyat di sana.

Melalui kempen-kempen tahunan yang kami laksanakan iaitu kempen Ramadan Al-Khair atau singkatannya KRAK dan Kempen Bantuan Musim Sejuk atau singkatannya BMS serta projek-projek bulanan,kami telah berjaya  menyantuni ratusan ribu rakyat Syria. Semuanya atas sokongan dan bantuan rakyat Malaysia yang perihatin.

 

Para pengamal media juga memainkan peranan yang sangat penting  bagi menjamin kejayaan usaha kemanusiaan kami. Bayangkan keseronakan dan kebahagiaan yang dapat dirasa apabila melihat wajah-wajah yang tersenyum menerima bantuan selepas ada insan-insan pemurah menghulurkan sumbangan setelah membaca artikel dan berita yang kalian tulis dan sebarkan.

Sepanjang tahun 2016 pihak, melalui Kempen Ramadan Al-Khair 4 2016 yang lalu, pihak Syria Care telah berjaya menghantar sejumlah RM3,399,025.00 yang telah dapat memberi manfaat kepada 227,674 orang di enam kawasan di dalam Syria iaitu Idlib,Homs,Latakia,Barat Ghoutah,Timur Ghoutah dan Selatan Damsyik melalui projek-projek #Food4Syria,#Care4Syria dan #Milk4Syria.Kempen telah berjalan mulai Mac 2016 sehingga penghujung bulan Ramadan iaitu pada pertengahan Julai.

Begitu juga bagi Kempen Bantuan Musim Sejuk 4.0 yang kami laksanakan mulai September sehingga penghujung Disember,RM2.2 juta telah dapat disalurkan bagi menyediakan kayu api,gas makanan,perubatan,pendidikan,susu dan selimut.

Tuan-tuan dan puan-puan boleh lihat contoh selimut yang kami hantar.Ianya mempunyai kualiti tinggi bagi memberi kehangatan yang diperlukan untuk mereka melalui musim sejuk yang tidak mengenal ehsan.Juga susu tepung yang diformulasikan khas dengan vitamin untuk bayi dari usia baru lahir sehingga 12 bulan.Ianya dibungkus dalam pek kedap udara berzip untuk memastikan kualiti terjamin dan memudahkan mereka jika terpaksa berpindah randah

Untuk tahun ini,Syria Care bakal membuat beberapa penambahan projek bagi menjayakan Kempen Ramadan Al Khair 5.Setiap tahun kita jangkakan ini akan merupakan KRAK terakhir namun

Jika sebelum ini program penajaan anak-anak yatim dan pendidikan berada di bawah projek #Care4Syria pada tahun ini kami ingin mengumumkan penambahan 2 projek yang akan berdiri sendiri iaitu #Edu4Syria dan #theorphansproject.

Ini ialah kerana Syria Care memandang tinggi kepada keperluan anak-anak Syria mendapatkan pendidik yang baik dan sempurna walaupun negara mereka sedang bergolak.Setakat ini pihak kami menaja penuh Tadika Ulfah di Selatan Damsyik dengan 100 orang kanak-kanak berusia 5 tahun.Madrasah Sunna’ul Majd sebuah sekolah rendah di Timur Ghoutah dan juga Darul Ulum Al-Ikhtisasiyah sebuah kolej di tempat yang sama.Pihak kami juga menaja 70 orang anak-anak pelarian Syria di Tripoli,Lebanon yang sedang belajar di Maahad AlQuran Tripoli serta menaja bangunan sekolah bagi Madrasah Al-Hadharah di Istanbul Turki yang menempatkan lebih kurang 500 anak-anak pelarian di sana.

Hasil sumbangan orangramai juga telah membolehkan kami membantu mengasaskan bangunan bagi Madrasah As-Sahil di Latakia buat anak-anak Syria yang telah kehilangan rumah dan berhijrah ke kawasan pergunungan itu.Di samping itu,dalam Misi Kemanusiaan Syria Care pada penghujung November lalu pihak Syria Care juga telah menghulurkan sumbangan bagi beberapa institusi pengajian dan sekolah di Istanbul dan juga di Reyhanli Hatay Turki.

Dengan meningkatnya bilangan keluarga yang kehilangan ketua keluarga akibat peperangan yang tidak mengenal erti rahmah dan keadilan maka kita dapati peningkatan bilangan anak-anak yatim di sana.Contohnya dilaporkan di kawasan Timur Ghoutah sahaja terdapat lebih dari 60,000 orang anak-anak yatim yang memerlukan sokongan dan perhatian dari kita semua.

Sejak 2015 lagi Syria Care telah membuka peluang kepada rakyat Malaysia untuk menaja anak-anak yatim yang masih berada di bumi Syria.Namun memandangkan keperluan mereka di sana yang semakin mendesak,pihak pengurusan telah bersetuju untuk bergerak lebih serious untuk mencari penaja bagi anak-anak di kawasan Timur dan Barat Ghoutah serta Selatan Damsyik.

Sejak dilancarkan semula pihak kami mensasarkan sekurang-kurangnya 100 orang anak yatim ditaja setiap bulan mulai Oktober 2016. Sehingga hari ini 409 orang anak-anak yatim telah ditaja orang-orang persendirian dan juga badan korporat.

Wang saraan akan diserahkan kepada para ibu atau penjaga anak-anak yatim ini bagi membantu kos hidup di sana yang sangat tinggi.Dan para ibu juga diberi kesempatan untuk mempelajari skil yang dapat membantu mereka berdikari dan juga memberi mereka sokongan moral.

Untuk tahun 2017 ini kami menyasarkan penajaan bagi sekurang-kurangnya 1,500 anak-anak yatim yang kami harapkan akan meningkat dari tahun ke tahun.

 

Sokongan berterusan dari rakyat Malaysia dari kalangan pengamal media dan penyumbang sangat-sangat kami harapkan agar usaha ini terus berjaya dan kita sama-sama dapat memberi peluang kehidupan yang lebih baik buat mereka di sana.

Di samping dua projek ini,sempena tahun 2017 dan Kempen Ramadan Al-Khair 5 pihak Syria Care melancarkan satu projek yang belum pernah dilaksanakan oleh mana-mana badan NGO sebelum ini.Kami namakan projek ini Effatul Ulama’.

Majoriti penduduk Syria berfahaman ahlussunnah wal jama’ah seperti kita.Dan Syria sebelum peperangan yang berlanjutan ke tahun yang keenam ini merupakan sebuah pusat  tamadun ilmu.Terdapat beribu-ribu pusat pengajian ternama di sana yang telah melahirkan ulamak dan para du’at yang memberi manfaat bukan sahaja kepada rakyat Syria tetapi kepada ummat Islam di seluruh dunia.

Namun setelah sebahagian besar pusat-pusat pengajian ini diserang dengan begitu rakus dan ramai di kalangan ulamak ini terbunuh,hanya sebilangan kecil sahaja yang masih hidup dan terpaksa lari menyelamatkan diri ke negara-negara jiran seperti ke Istanbul.Turki.

Kehidupan sebagai pelarian bukanlah satu perkara yang mudah.Syria Care dengan sokongan beberapa ulamak Syria yang berada di Istanbul sekarang akan mengadakan satu badan  bertindak yang akan mengenalpasti kesulitan hidup ulamak-ulamak ini   dan mengenalpasti bentuk-bentuk bantuan yang dapat meringankan bebanan hidup mereka.

Program menyantuni para ulamak ini diharapkan bakal mendapat perhatian rakyat Malaysia agar kita dapat memberi khidmat kepada mutiara-mutiara ummah yang semakin berkurangan sekarang ini. Kita mahu mereka fokus untuk terus mengajar dan membimbing tanpa perlu terlalu memikirkan bagaimana mereka harus mencari wang untuk menyara keluarga mereka.

Pihak kami mengambil keputusan untuk bertindak awal menjayakan Kempen Ramadan Al-Khair 5 tahun ini bagi memastikan sasaran peningkatan mereka yang bakal menerima manfaat dapat ditingkatkan dan kita dapat menyediakan bekalan secukupnya buat mereka.

Tahun lepas dengan kerjasama 7 rakan-rakan NGO kami di sana kami telah dapat menyediakan bantuan serta khidmat yang dapat meringankan bebanan kehidupan mereka di sana.Untuk bulan Ramadan contohnya kami dapat menyediakan makanan berbuka dan sahur dari hari pertama Ramadan dan kami mengharapkan agar kami dapat terus memberi khidmat tersebut.

Kami sangat mengambil serius usaha kemanusian yang kami jalankan. Ini bukan kerja main-main!dan ianya sesuai dengan hadis Nabi sallahu alaihi wa sallam:”Sesungguhnya Allah suka dan sayangkan hambaNYA apabila dia melakukan sesuatu kerja dia melakukannya secara bersungguh-sungguh”.

Usaha menyebarkan kesedaran di kalangan rakyat Malausia akan kami teruskan secara agresif dan bersungguh-sungguh. Antara usaha yang kami lakukan tahun ini adalah kerjasama bersama KLIA TV. Mulai 23 Junuari ini Syria Care akan mucul di lebih 300 skrin-skrin tv di KLIA dan KLIA 2.

Tugas-tugas kemanusiaan yang kami laksanakan tidak bermusim atau atas sentimen apabila berlakunya sesuatu peristiwa yang mendapat tempat di media.Bantuan kami ke sana dihantar setiap bulan sepanjang tahun.

Sebagai sebuah NGO kami mempunyai visi dan misi untuk terus berperanan menjadi pengantara bagi rakyat Malaysia dan rakyat Syria yang teraniaya. Dan kami juga mahu melakukan sesuatu yang boleh memberi impak jangka pendek dan panjang serta memberi kesan optima bagi terbinanya kembali tamadun ilmu dan kemanusiaan di bumi Shaam yang telah dijanjikan keberkatannya dalam Al-Quranul Karim

LETS BE PART OF A REAL SOLUTION!

Dengan ini saya  melancarkan Kempen Ramadan Alkhair yang ke 5, 2017, dengan  lafaz Bismillahirahmanirrahim .

 

 

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *