Bantuan Khas buat remaja kurang upaya-Selatan Damsyik (Nov2016)

BMS 4.0 November 2016 Alhamdulillah, wakil Syria Care di Selatan Damsyik telah berkesempatan untuk mengunjungi serta menyantuni seorang remaja lelaki yang menghadapi masalah kesihatan dari kecil. Penyakit yang dihadapinya ialah Cerebral Palsy dimana gangguan terhadap gerakan, otot, postur dan akal sehingga beliau tidak mampu menguruskan dirinya sendirinya. Wakil Syria Care dari NGO Haiatul Ighatah di Selatan Damsyik berjaya memberi bantuan dalam bentuk lampin pakai buang untuk memudahkan urusan peribadinya selepas ini.

Dan semua yang diberikan adalah hasil sumbangan rakyat Malaysia yang prihatin terhadap kesengsaraan rakyat Syria selama ini. Teruskan menyumbang, berikan keceriaan dan sebab untuk mereka terus hidup.

 

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *