Penyerahan Dana Sumbangan dari Pelajar Kolej Matrikulasi Kedah

Alhamdulillah,
hari ini Rabu – 10 Mei 2017 Pejabat Syria Care dikunjungi oleh En. Mohd Firdaus, Eksekutif Kanan Bahagian Kepimpinan Belia Yadim bagi menyerahkan dana sumbangan hasil kutipan daripada pelajar Kolej Matrikulasi Kedah sebanyak RM3850.30 kepada Ustazah Siti Sakinah selaku Pengerusi Syria Care.

Sumbangan ini akan dimasukkan ke dalam tabung Kempen Ramadan Al-Khair 5.0 yang sedang dijalankan ketika ini bagi mencukupi keperluan rakyat Syria menghadapi bulan Ramadan tidak lama lagi.

Jazakumullahu khairan jaza’ atas sumbangan yang telah diberikan oleh anak-anak Kolej Matrikulasi Kedah.

Walaupun mereka masih bergelar pelajar, namun ia bukanlah penghalang untuk turut sama menyumbang kepada rakyat Syria yang dalam kesusahan. Kerana setiap daripada kita ada peranan masing-masing untuk membantu mereka disana!!



Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *