#KRAK5-#CARE4SYRIA-Sambutan Hari Raya-Selatan Damsyik-2 Syawal

“Barangsiapa di antara kamu yang mampu memberikan manfaat kepada saudaranya, maka hendaklah ia bersegera memberikan manfaat kepadanya,” (Diriwayatkan Muslim dari Jabir ra.)
 
Salah satunya cara agar kita bermanfaat bagi orang lain adalah dengan membahagiakan orang lain. Kerana dengan membahagiakan orang lain, tidak usah khuatir, maka Tuhan akan membahagiakan kita . Sikap memuliakan kanak-kanak adalah di antara sifat yang diamalkan oleh Rasulullah saw.
 
Begitulah yang cuba dipraktikkan oleh pihak Syria Care bersama rakan kerjasama kami di Selatan Damsyik iaitu NGO Ulfah Human Relief.
 
Ratusan kanak-kanak dapat bergembira bermain dan mendapat hadiah hari raya untuk hari kedua.
 
Justeru satu majlis ‘Sambutan Hari Raya’ telah diadakan untuk memberi peluang anak-anak yang tinggal di dalam keadaan terkepung ini merasakan sedikit kegembiraan sepertimana kita dan anak-anak kita di Malaysia.
 
Terima Kasih kepada rakyat malaysia yang telah memungkinkan perkara ini buat mereka.
 
Sesungguhnya apa yang anda lakukan buat mereka sangat-sangat mereka dihargai. 
 
[huge_it_slider id=”9″]
 
 

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *