SYRIA CARE TERIMA LAWATAN NGO DARI LUAR

Pada 3 Ogos 2017, Syria Care menerima kunjungan dari NGO Al-Ghawth, NGO Al-Shifaa serta Yayasan Kubra.

NGO Al-Ghawth adalah sebuah badan kemanusiaan yang berpengkalan di Beirut Lubnan. Mereka memberikan bantuan kemanusiaan terutamanya kepada rakyat Palestin dan Lubnan yang berlindung sama ada di dalam atau diluar Kem Palestin di Lubnan.

Manakala, NGO Al-Shifaa merupakan badan kemanusiaan yang memfokuskan kepada bantuan dari segi kesihatan dan rawatan kecemasan kepada pelarian Palestin dan Syria di Lubnan yang mana ianya ditubuhkan pada tahun 2008.

Yayasan Kubra pula adalah NGO tempatan yang membantu rakyat Kemboja, Myanmar dan Syria.

NGO Al-Ghawth diwakili oleh Pengerusinya iaitu Ahmad Mohammed Kayed bersama rakan seperjuangannya iaitu Dr. Majdi Krayem sebagai Pengarah NGO Al-Shifaa For Medical & Humanitarian Services manakala Yayasan Kubra pula diwakili oleh Pengerusi International Humanitarian Aid & Solidarity Unit (IHSAN), Yayasan Kubra.

Syria Care berharap agar pertemuan ini dapat mengeratkan lagi hubungan di antara NGO Al-Ghawth, NGO Al-Shifaa dan Yayasan Kubra dalam mendukung usaha kemanusiaan dan membantu golongan yang memerlukan terutamanya di bumi Syria.

#SCNews

  • Dari kiri Pengurus Eksekutif NGO Al-Shifaa For Medical and Humanitarian Services, Dr. Majdi Krayem dan Pengerusi NGO Al-Ghawth Humanitarian Relief For Development, Ahmad Mohammad Kayed

Leave a Reply