#Care4Syria: Bantuan Motorsikal Buat Khalid At-Thowil, Lubnan

Sumbangan Rakyat Malaysia Buat Khalid At-Thowil

Beliau berasal dari Homs, Syria. Satu hari pada 26/4/2013 sewaktu beliau sedang bertugas dia telah terkena letupan yang berlaku berhampiran tempat kerjanya.

Akibat dari letupan itu beliau cedera parah dan terpaksa dibawa ke Lubnan melalui Arsal untuk mendapatkan rawatan.

Kedua-dua belah kakinya telah terpaksa dipotong demi untuk menyelamatkan nyawanya. Semenjak itu beliau terus menetap di lubnan bersama isteri dan enam orang anaknya.

Kos kehidupan di sana sangat tinggi hingga menyebabkan anak sulungnya mengambil keputusan untuk berhenti belajar dan bekerja demi membantu keluarganya.

Khalid sendiri dalam keadaannya yang serba kekurangan tidak berputus asa malahan setiap hari dia akan keluar dengan kerusi rodanya untuk menjual minyak wangi di pintu-pintu masjid.

Sewaktu misi Kemanusiaan Syria Care 3.0 yang lalu, pihak Syria Care telah berkesempatan menziarahi Khalid dan keluarganya di rumah mereka untuk melihat sendiri keadaan beliau yang amat memerlukan bantuan.

Terkini, pada minggu lepas hasil sumbangan orang ramai melalui Syria Care dan sebuah lagi NGO di Lubnan, kita telah berjaya untuk membeli sebuah motorsikal yang telah diubahsuai mengikut keperluan yang diperlukan serta sesuai dengan keadaan dirinya.

Syria Care mewakili Khalid serta keluarganya mengucapkan setinggi-tinggi ucapan terima kasih kepada seluruh rakyat Malaysia yang berpadu tenaga menyalurkan sumbangan untuk kemudahan beliau untuk mencari rezeki demi meneruskan kehidupan di Lubnan.

#SCNews #SCProjects #Letsbepartofarealsolution

[huge_it_slider id=”32″]

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *