BMS 5.0 SASAR KUTIPAN RM 4 JUTA

BMS 5.0 Sasar Kutipan RM 4 Juta

Syria Care membuat persiapan untuk membantu mangsa konflik perang saudara di Syria yang dijangka bermula selepas September ini. Sebagai persediaan, Ia menggerakan kempen Bantuan Musim Sejuk 5.0 (BMS 5.0) pada 20 September 2017 dan pengagihannya akan dibuat pada November depan.

Sepanjang tiga bulan kempen berlangsung, ia menyasarkan kutipan sebanyak RM4 Juta untuk diagihkan kepada mangsa peperangan di sana.

Bantuan kewangan yang diterima akan digunakan untuk membeli kayu api, gas, pakaian musim sejuk, dan alat pemanas yang akan diagihkan di lokasi seperti Aleppo, Barat Idlib, Timur Idlib, Latakia, Timur Ghoutah, Homs serta Selatan Damsyik.

Seramai 4,600 keluarga akan mendapat manfaat daripada sumbangan yang diterima di mana ia akan diagihkan dengan rakan kongsi Syria Care di negara berkenaan.

Akhir sekali, Syria Care mengucapkan ribuan terima kasih kepada sahabat media, penaja dan penyokong Syria Care yang hadir ke majlis pelancaran BMS 5.0.

#SCNews

[huge_it_slider id=”54″]

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *