indian porn max aloha tube 8 family porn best malay porn hub エロ動画 วิดีโอเอ็กซ์ أنبوب الجنس العربي

Travelog MKSC 5.0 : Rayyan yang istimewa

Rayyan yang istimewa.

Sewaktu menemuramah seorang mangsa peperangan di sini Puan Iman yang saya temui untuk satu perkongsian menceritakan tentang anak istimewa ini. Namanya Rayyan. Usianya baru mencecah 7 tahun. Puan Iman menceritakan kepada saya bagaimana Rayyan telah kehilangan sebelah kakinya dan sebelah lagi yang cedera. Namun istimewanya Rayyan kerana dalam kesulitan yang beliau alami dia berusaha untuk menggembirakan rakan sebayanya. Begitu Puan Iman menceritakan kepada saya.
Saya terpanggil untuk mengadakan pertemuan dengannya. Lalu temujanji diaturkan.

Kami tiba di rumah Rayyan lebih kurang pada jam 4 petang. Cuaca sudah mula redup di daerah ini kerana musim sejuk yang semakin hampir maka malamnya semakin panjang dan siang harinya semakin singkat.

Setibanya di hadapan pintu rumah mereka kami disambut ayah Rayyan,Encik Mahyuddin.

Kami dibawa ke ruang tamu yang sangat sederhana tetapi jelas kemas dan bersih tersusun. Si cilik Rayyan keluar dari biliknya di atas skateboard. Lalu dia panjat duduk di sebelah saya. Pergerakannya lincah dan senyumannya manis. Kelihatan dari matanya bercahaya melihat kami datang. Ketika itu saya ternampak kecederaan di kakinya. Kaki kirinya telah terputus dari lutut ke bawah. Sebelah kanan bertutup. Sangka saya kakinya dalam keadaan baik. Saya silap. 
Rayyan begitu gembira berceloteh dengan saya. Menceritakan aktiviti yang dia lakukan untuk kawan-kawannya. Dia pandai mengait hasil tunjuk ajar ibunya yang juga mengait pakaian dari bulu sebagai salah satu punca pendapatan keluarga mereka. Dia juga membuat loket dengan menggunakan silicon. Dengan tangkas dia mula menunjukkan bakatnya mengait. Dalam tak sampai beberapa minit sebuah beg kecil untuk anak patungnya siap. Ayahnya Encik Mahyuddin berkata sering dia akan buat beberapa ‘beg kecil’ atau barangan lain dan membawanya ke sekolah untuk diberikan kepada kawan-kawannya.Apabila saya bertanya kenapa hasil tangannya tidak dijual sahaja? Rayyan menjawab dengan senyuman yang terukir di bibir “Saya ingin menggembirakan hati mereka sebagaimana saya gembira” ujar anak istimewa ini yang bukan sahaja cedera di kedua-dua kakinya tetapi juga telah terpaksa melalui beberapa siri pembedahan di perutnya.

Saya bertanya kepada ayahnya bagaimana mereka masih boleh tersenyum dan bergelak ketawa khususnya si cilik Rayyan yang begitu ceria sepanjang pertemuan kami? Walaupun keadaannya amat memilukan kita yang melihat?

Beliau berkata:”Kami menerima ini semua sebagai qadha Allah.Malah bila saya berbual dengan Rayyan dan bertanya kepadanya adakah Rayyan tidak berasa sedih dengan keadaan sekarang?Tak rasa marah ke tengok anak-anak lain bermain dan berlari?Rayyan berkata kepada saya yang kalau pun masa diputarkan kembali ke belakang saya tetap redho kerana memang ini ketentuan Allah kepada saya”. Encik Mahyuddin menambah lagi Rayyan memberitahunya kakinya sekarang berada di Syurga.

Allah…menitis air mata saya. Saya memberitahu mereka walaupun saya nenek dua orang cucu tapi saya telah mempelajari sesuatu yang sangat bermakna dari Rayyan. Ayahnya mengiakan kata-kata saya dan menambah; ”Saya juga begitu.” Kadang-kadang ketika mana saya dilanda keresahan Rayyanlah yang membantu memulihkan saya. Semangatnya sangat tinggi”.

Di hujung pertemuan saya bagi pihak Syria Care dan seluruh rakyat Malaysia menyampaikan sedikit sumbangan untuk Rayyan. Pesan saya kepadanya “Ini ada sedikit hadiah buat Rayyan supaya Rayyan dapat terus menggembirakan hati kawan-kawan Rayyan”.

Sungguh istimewa keluarga dari Timur Ghoutah ini. Banyak yang kita boleh pelajari dari mereka khususnya si cilik Rayyan.

Kalau dalam keadaan yang serba kesulitan sepertinya dia masih memikirkan tentang kebahagiaan orang lain, maka tidakkah kita yang sempurna dan hidup dalam keadaan yang lebih baik perlu melakukan lebih dari itu?

Catatan:
Ustazah Sakinah.
Pengerusi Syria Care
Misi Kemanusiaan Syria Care 5.0
Reihaniyah, Hatay Turki
27 Oktober 2017 

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *