MISI KEMANUSIAAN SYRIA CARE 5.0: MENZIARAHI AMANI & KELUARGA

✔Misi Kemanusiaan Syria Care 5.0
✔ Menziarahi Amani & Keluarga
✔ Hari Kelima
✔ 28 Oktober 2017

Misi Kemanusiaan Syria Care 5.0 Sanliurfa,Turki 28 Oktober 2017 Pasukan Syria Care telah menziarahi sebuah rumah yang didiami sekeluarga 11 orang di bandar Sanliurfa.

Ketua keluarga ini Pakcik Muhammad mempunyai masalah buah pinggang dan terpaksa menerima rawatan dialisis selang sehari.

Dalam pada itu semua anak-anak termasuk cucunya bergantung harap padanya.

Pasukan Syria Care mengambil kesempatan untuk solat di rumah beliau memandangkan waktu solat telah masuk.

Bantuan berupa bahan makanan yang berbagai jenis telah juga disampaikan buat Pakcik Muhammad sekeluarga.

Di samping itu, bantuan kewangan juga dihulurkan buat Pakcik Muhammad dan anaknya Amani yang balu.

Suami Amani telah syahid dalam satu serangan roket yang mengenai kereta mereka.

Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai kisah Amani anda boleh klik pautan berikut: //goo.gl/WiRbCS

[huge_it_slider id=”69″]

 

 

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *