Misi Kemanusiaan Syria Care 5.0 : Ziarah Maahad di dalam Syria

Misi Kemanusiaan Syria Care 5.0 Ziarah Maahad Abdullah Ibn Huzafah As-Sahmi, Syria 31 Oktober 2017

Ketika rombongan Misi Kemanusiaan Syria Care 5.0 diberi keizinan untuk memasuki negara Syria tempoh hari, kami tidak melepaskan peluang untuk melawat sekolah-sekolah yang ditaja oleh Syria Care.

Antaranya ialah Maahad Abdullah Ibnu Huzafah As-Sahmi yang terletak di kawasan Maari’, Syria.

Maahad Abdullah Ibnu Huzafah As-Sahmi adalah sebuah maahad dibawah selian rakan NGO di dalam Syria iaitu Muassasah Al-Ahbab.

Kos operasi maahad ini ditanggung sepenuhnya hasil sumbangan rakyat Malaysia melalui projek #Edu4Syria yang dikendalikan oleh Syria Care.

Mereka kini menumpang di sebuah masjid yang telah dibiayai pembinaannya oleh Turkiye Diyanet Vakfi (Turkiye Diyanet Foundation) Kami dibawa masuk ke dalam masjid untuk melihat sendiri sesi pengajian kanak-kanak ini. Mereka tiada kelas yang khusus dan hanya belajar di ruangan solat dalam masjid tersebut.

Walaupun keadaan kelasnya serba kekurangan dengan tiada kerusi dan meja, semangat mereka untuk terus belajar jelas kelihatan.

Gurunya menunjukkan buku-buku pelajaran mereka dan memilih dua orang pelajar terbaik untuk memperdengarkan bacaan Al-Quran dan Hadith yang telah dihafal di hadapan kami. Sangat lancar dan baik bacaan mereka.

Ada dalam kalangan mereka yang sudah menghafal 3,000 hadith dan lebih dari separuh juzuk Al-Quran walaupun usia mereka masih muda remaja.

Subhanallah, walaupun mereka diuji dengan konflik keamanan negara yang sangat teruk, tetapi ia tidak menjadi alasan untuk mereka terus menimba dan mencintai ilmu.

Syria 31 Oktober 2017 Misi Kemanusiaan Syria Care 5.0

#SCNews

[huge_it_slider id=”80″]

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *