Misi Kemanusiaan Syria Care 5.0 : Ziarah Thanawiyyah Rif’at

Misi Kemanusiaan Syria Care 5.0 : Ziarah Thanawiyyah Rif’at (Sekolah Menengah Agama Rir’at) 31 Oktober 2017 Perjalanan masuk pasukan petugas Syria Care telah dirancang agar dapat melihat sendiri bagaimana kehidupan anak-anak pelarian secara khususnya dalam menuntut ilmu.

Dan kami dibawa untuk melawat salah sebuah sekolah yang baru sahaja siap dibina khas untuk anak-anak yang tinggal di dalam khemah di kawasan sekitar sekolah ini. Sekolah ini dibahagikan kepada dua bahagian lelaki dan perempuan. Ketika para petugas sampai ke sini para pelajar lelaki telah pun pulang jadi mereka hanya sempat bertemu dengan para pelajar perempuan sahaja.

Terdapat enam buah kelas di sini. Kalau kita lihat seolah-olahnya setiap kelas itu sangat padat dan mereka belajar dalam keadaan yang sangat tidak selesa.

Namun kami difahamkan sekolah itu sudah seperti syurga dunia buat mereka berbanding kehidupan mereka di luar waktu sekolah hanyalah di khemah-khemah plastik yang tidak menolak angin dingin dari menyelubungi mereka dan tiada bumbung di atas kepala mereka yang benar-benar dapat melindungi mereka dari hujan mahupun salji yang bakal menimpa mereka.

Para petugas Syria Care berkongsi rasa takjub mereka dengan anak-anak ini kerana walaupun keadaan sekolah yang serba kekurangan ini mereka belajar lebih dari 20 subjek seminggu antaranya Sains, Matematik, Bahasa Inggeris, Bahasa Arab, Tarikh (Sejatah), Nahu dan lain-lain lagi.

Oleh kerana kekangan kewangan pihak sekolah terpaksa menapis permohonan untuk masuk belajar ke sekolah ini.

Hanya mereka yang telah tahu membaca dan menulis serta mampu mengikuti pelajaran sepenuhnya sahaja yang diberi peluang untuk belajar di sini bagi menjamin kualiti graduan yang tamat darinya.

Walaupun bunyinya seperti tidak adil namun itu sahaja yang mampu mereka buat dalam kesempitan yang mereka lalui.

Pada penghujung ziarah, wang sumbangan yang telah dibawa diserahkan kepada pihak pengurusan sekolah untuk membantu meringankan kesukaran yang dialami pihak pengurusan.

Terima kasih kepada semua penyumbang yang telah membolehkan wang dimanfaatkan sebaik mungkin.

#SCNews

 

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *