Pelajar Enam Tahun Sumbang Derma

250 pelajar dari usia seawal enam hingga 12 tahun di Rizq Islamic School di Kajang, Selangor menyuarakan simpati kepada rakyat Syria dengan menggumpul derma melalui kempen #RM1SayaUntukAwak.

Ia dibuat selepas mereka tersentuh dengan taklimat dan penjelasan yang diberikan Pengerusi Syria Care, Siti Sakinah Omar pada program yang berlangsung hampir sejam itu.

Dalam reaksinya, pelajar sekolah berkenaan bersimpati dengan penderitaan rakyat Syria terutama kanak-kanak yang sebaya dengan mereka.

#RM1SayaUntukAwak adalah sebahagian program Syria Care bagi mengumpul dana melalui kutipan daripada pelajar dari sekolah rendah hingga peringkat kolej untuk mencari dana bagi membantu pelarian Syria.

#RM1SayaUntukAwak

#SCNews

www.syriacare.org.my

[huge_it_slider id=”61″]

 

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *