Penyelarasan Anak Yatim Di Timur Ghoutah

Syria Care mengadakan perbincangan atas talian bersama pengurus anak yatim yang berpengkalan di Timur Ghoutah.

Pengerusinya, Siti Sakinah Omar bersama Pengurus Tajaan Anak Yatim, Rohaya Ngah mengadakan perbincangan secara langsung bersama Koordinator Pendidikan dan Pengurusan Anak Yatim NGO Resalet Al-Sham, Ustaz Abu Anas.

Perkara utama yang dibincangkan adalah tentang gerak kerja serta perancangan masa hadapan untuk anak yatim yang ditaja oleh rakyat Malaysia di Timur Ghoutah, Syria.

Perbincangan tersebut turut disertai Dr. Husam Sarakbi yang ketika ini berada di Istanbul, Turki serta Pengurus Kanan Syria Care, Pn Dieana Mardzi.

Selain itu, tujuan utama program tajaan anak yatim diadakan adalah untuk menyantuni kanak-kanak yang kehilangan ibu bapa untuk mereka meneruskan kehidupan dengan menimba ilmu serta segala kos untuk pemulihan mental dan fizikal disebabkan terlibat dalam peperangan.

Bagi yang berminat untuk membiayai anak-anak yatim Syria bolehlah menghubungi Puan Rohaya di talian: +601121004807.

 

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *