Maahad Abi Hanifah An Nouman : Majlis Keraian 10 Pelajar Tahfiz

Maahad Tahfiz Al-Quran & Pengajian Islam Abi Hanifah An Nouman di ‘Adnaniyah, Idlib meraikan 10 pelajarnya yang sudah berjaya menghafal 30 juzuk Al-Quran.

Oleh itu, satu majlis khas diadakan bagi meraikan kejayaan mereka dan memberi ransangan serta galakan kepada pelajar lain untuk terus menghafal Al-Quran.

Jamuan makan turut disediakan pada akhir majlis ini hasil perlaksanaan aqiqah seorang rakyat Malaysia sebanyak dua ekor kambing melalui #Aqiqah4Syria.

Untuk makluman semua, maahad ini beroperasi atas belas ehsan rakyat Malaysia yang menyumbang pada setiap bulan.

Terima kasih rakyat Malaysia!

Tanpa sumbangan anda, anak-anak ini tidak mungkin dapat rasai kemanisan ilmu setelah peperangan di negara mereka tercetus.

#Edu4Syria #Aqiqah4Syria

[huge_it_slider id=”89″]

 

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *