indian porn max aloha tube 8 family porn best malay porn hub エロ動画 วิดีโอเอ็กซ์ أنبوب الجنس العربي

DILEMA PELARIAN SYRIA

Pada 2015, jumlah pelarian Syria yang cuba memulakan hidup baru di Eropah naik mendadak. Pada ketika itu dianggarkan lebih 500,000 berjaya melepasi maut di tanah air sendiri dan kemudian memulakan perjalanan yang panjang demi masa depan yang lebih baik.
 
Kini selepas dua tahun, keadaan sebaliknya berlaku, walaupun jutaan lagi mereka yang terperangkap di negara yang bersempadan dengan Syria dan dalam negara itu masih meletakkan harapan tinggi untuk berhijrah ke negara luar.
 
Dalam kajian selama empat bulan, The Irish Times melaporkan fenomena sebenar yang berlaku di kalangan pelarian Syria di Eropah khususnya di Jerman.
 
Berdasarkan kaji selidik dan temuramahnya sepanjang tempoh berkenaan, dia mendedahkan fenomena “reverse migration” atau “migrasi balikan” yang semakin berkembang.
 
Ia berdasarkan temuramah wakilnya dengan berpuluh koreponden pelarian dan bekas pelarian Syria di beberapa negara seperti Jerman, UK, Turki, Sudan dan di Syria sendiri.
 
Laporan itu merumuskan bahawa mereka yang ditemui masih menimbang untuk pulang ke tanah air, ada yang mengambil risika untuk cuba pulang dan segelintir telah berpatah balik walaupun keadaan masih perang.
 
Pendedahan The Irish Times merumuskan beberapa sebab kenapa sebahagian mengambil risiko untuk berbuat demikian.
 
 
1. Rindu keluarga
 
Dalam temuramahnya dengan pelarian yang dikenali sebagai Mustafa, 18 tahun, koresponden yang berada di Stuttgart, Jerman sejak dua tahun lalu mengakui masih tidak mendapat status pelarian.
 
Kesulitan yang menimpa menyukarkannya membuat permohonan untuk membawa ibu bapanya berhijrah ke Jerman.
 
Keadaan itu menyebabkan Mustafa yang sebatang kara menimbang untuk bersatu semula dengan keluarganya yang sekarang berada 2,500 km dari Jerman.
 
“Saya hilang sebahagian usia kanak-kanak kerana perang di Syria dan saya hilang orang yang disayang yang berada jauh dari keluarga”, katanya seperti yang dilapor The Irish Times.
 
Sementara itu, seorang lagi pemohon suaka, Obada mendakwa statusnya kini tergantung selepas dia menyatakan hasratnya untuk pulang ke negara asal.
 
Keadaan itu jelasnya menyebabkan dirinya terperangkap kerana tidak boleh meninggalkan Jerman, tidak boleh diambil bekerja atau membawa isteri dan anaknya yang baru dilahirkan ke tempat di mana dia berada.
 
Apa yang berlaku kepada Obada dan Mustafa antara kisah yang biasa didengari.
 
Bagi orang Syria yang berada akan menghantar salah seorang ahli keluarga mereka ke luar negara terutama Eropah.
 
Sebaik berada di sana, mereka yang dihantar akan memohon untuk membawa anggota keluarga yang lain berhijrah seperti isteri dan anak-anak.
 
Bagaimanapun pada awal tahun lalu, Jerman telah mengubah dasarnya. Sebelum mana-mana orang Syria diberikan suaka mereka hanya diberikan hak untuk tinggal secara sementara.
 
Bagi membawa anggota keluarga yang lain, mereka terpaksa menunggu selama dua tahun sebelum dibenarkan membuat permohonan.
 
Di bawah polisi baru itu juga, hanya mereka yang berusia 18 tahun ke bawah sahaja yang dikenalpasti layak, dibenarkan membawa ibu bapa atau salah seorang daripada mereka.
 
Ia bermakna mereka terpaksa meninggalkan anak-anak atau tanggungan yang lain di kawasan konflik.
 
 
2. Konflik budaya
 
Bagi generasi tua pula, mereka dikatakan berdepan dengan konflik budaya.
Kelompok itu juga khuatir budaya negara itu akan mempengaruhi pemikiran anak-anak pendatang Syria.
 
 
3. Diskriminasi
 
Dalam kaji selidik yang dibuat, kebanyakan pendatang Syria mengakui mereka telah didiskriminasi dan sesetengah mereka dipandang prejudis.
 
Bahkan dalam kes tertentu mereka disalah erti dengan dikaitkan dengan pengganas IS.
 
Dalam kes yang lain, pelarian didakwa sering diancam dan diugut termasuk melalui surat.
 
4. Masalah pasport
 
Terdapat pelarian Syria yang enggan menyerahkan pasport mereka kepada kerajaan Jerman dan keadaan itu sebenarnya menyukarkan mereka.
 
Lebih merumitkan apabila mereka bertindak memperbaharui pasport di kedutaan Syria di negara itu.
 
Organisis Bagi Pendatang Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu -PBB, di Berlin sebelum ini menasihati pelarian supaya bekerjasama menyerahkan pasport bagi mendapat status pelarian.
 
Bagaimanapun, mengulas mengenai isu itu, pelarian mendakwa berbuat demikian selepas diarah oleh pihak berkuasa, termasuk mendaftar bayi yang baru lahir.
 
#SCNews

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *