SYRIA BEBAS DARI IS?

Sekutu kuat regim Presiden Bashar al Assad, Rusia mendakwa Syria kini bebas sepenuhnya dari pengganas.
 
Pengesahan itu dibuat Ketua Panglima Tentera, Jeneral Valery Gerasimov dalam taklimat tahunannya kepada atase pertahanan asing di Moscow.
 
“Semua unit IS di Syria telah dimusnah dan kawasan yang dikuasai telah dibebaskan”, katanya sebagaimana dipetik dari agensi rasmi berita negara itu Tass.
 
Dalam laporan yang sama Menteri Pertahanan Rusia Sergey Shoigu berkata, perkara berkenaan telah dimaklumkan kepada Presiden Vladimir Putin.
 
Selasa lalu, Kementerian Pertahanan Rusia menegaskan kawasan terakhir yang dikuasai IS berjaya dikecilkan ke dalam lingkungan antara 7 hingga 10 km.
 
#SCNews

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *