PENENTANG BOIKOT SIDANG SOCHI

40 kumpulan anti Presiden Bashar al Assad sepakat menolak Sidang Sochi yang dianjur Rusia dengan alasan ia mengetepikan proses damai di Geneva yang diusahakan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).
 
Dalam kenyataan rasmi yang dikeluarkan, ia turut menyalahkan Moscow kerana bertanggungjawab dengan jenayah perang di Syria.
 
Tambahnya lagi, sekutu kuat Bashar itu tidak mengenakan sebarang tekanan kepada kepada regim bagi mencari penyelesaian politik.
 
“Rusia tidak menyumbang apa-apa untuk meringankan penderitaan rakyat Syria dan tidak mengenakan tekanan kepada regim yang ia mendakwa menjadi penjami kepada sebarang usaha sebenar ke arah penyelesaian,” petik kenyataan itu yang dihantar kepada Syria Care.
 
Rusia memainkan peranan utama di Syria selepas campur tangan besar-besaran tenteranya di negara itu telah mendapat sokongan dari Turki dan Iran untuk mengadakan dialog kebangsaan di Sochi, Rusia pada 29 Januari depan.
 
“Rusia adalah penceroboh yang bertanggungjawab melakukan jenayah perang ke atas rakyat Syria. Ia bersama dengan regim serta bersubahat mempertahan politiknya dan lebih tujuh tahun menghalang kutukan PBB ke atas regim Assad,” kata kenyataan itu.
Sementara itu, beberapa kumpulan penentang lain memaklumkan masih membuat keputusan berhubung perkara berkenaan.
 
 
 
 

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *