indian porn max aloha tube 8 family porn best malay porn hub エロ動画 วิดีโอเอ็กซ์ أنبوب الجنس العربي

AMMAN BERI LAMPU HIJAU

Jordan membenarkan misi kemanusiaan antarabangsa untuk menghantar bantuan kepada pelarian Syria melalui wilayahnya.
 
Keputusan itu dihebahkan dalam kenyataan yang dikeluarkan Kementerian Luar Negara Jordan.
 
Jurucakapnya, Mohammad Kayed berkata, kelulusan masuk akan diberikan kepada misi bantuan pada satu masa bagi membolehkan ia dihantar kem pelarian.
 
Menurut laporan yang dipetik dari agensi berita Xinhua, Amman membuat keputusan berkenaan selepas menerima permohonan dari Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) bagi menyediakan bantuan kepada rakyat Syria yang berada di Kem Rukban yang berada di seberang sempadannya.
 
Sebelum ini, negara itu menolak sebarang usaha penghantaran bantuan kemanusiaan dari dalam Jordan.
 
Bahkan Menteri Luar Jordan, Ayman Safadi memberi kenyataan keras dengan menegaskan, ia bukan tanggungjawab negaranya.
 
Katanya lagi, pelarian berkenaan berada dalam wilayah Syria dan PBB boleh menghantar bantuan dari dalam Syria bukan dari Jordan.
 
Terdahulu agensi bantuan yang diselaras Pertubuhan Makanan Sedunia PBB, mengkritik dasar negara itu yang enggan membenarkan penghantaran makanan asas dan keperluan lain dibuat dari dalam wilayahnya ke kem yang menempatkan hampir 100,000 pelarian itu.
 
Menurut Suruhanjaya Mengenai Pelarian Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNHCR), pada masa sekarang terdapat 659,000 pelarian Syria berada di dalam Jordan.
 
 
 

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *