indian porn max aloha tube 8 family porn best malay porn hub エロ動画 วิดีโอเอ็กซ์ أنبوب الجنس العربي

14,567 SERANGAN UDARA DI SYRIA SEPANJANG 2017

Seramai 15,399 orang awam di Asia Barat menjadi mangsa serangan udara pada sepanjang 2017.
 
Menurut kumpulan pemantau perang Action on Armed Violence’s (AOAV), daripada jumlah itu serangan yang dibuat di Iraq dan Syria meragut nyawa orang awam dua kali ganda lebih ramai berbanding tahun sebelumnya.
 
Dalam laporan yang disiarkan, Syria berada di senarai teratas di mana 8,051 kematian dengan peratusan kematian yang meningkat sebanyak 55 peratus.
 
Iraq pula berada pada kedudukan kedua yang mencatatkan dengan peningkatan sebanyak 50 peratus atau jumlah korban 3,371 nyawa.
 
Berdasarkan rekod, sepanjang tahun lalu, secara keseluruhan sebanyak 28,696 serangan udara dilancarkan dan sekali lagi Syria mendahului senarai dengan 14,567 serangan.
 
Berada di kedudukan di belakang adalah Iraq dengan jumlah 14,129 serangan manakala 432 serangan telah dilancarkan di Yemen.
 
Menurut AOAV lagi, Rusia dan Syria bertanggungjawab di atas kematian ramai orang awam berbanding serangan yang dibuat Tentera Bersekutu.
 
Dalam kenyataan lain yang keluarkan sebuah lagi badan bebas pemantau perang Airwars, serangan udara yang dipimpin Amerika Syarikat dan sekutunya memerangi IS di Iraq dan Syria pada tahun telah membunuh antara 11,000 hingga 18,000 orang awam.
 
Sementara itu Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) berkata, 10,000 penduduk Yemen telah mati akibat serangan udara yang diketuai Arab Saudi.
 
#SCNews
 

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *