indian porn max aloha tube 8 family porn best malay porn hub エロ動画 วิดีโอเอ็กซ์ أنبوب الجنس العربي

BASHAR KEMARUK DARAH

Sekurang-kurangnya 20 lagi penduduk Timur Ghoutah terkorban selepas tentera regim Bashar al Assad dan sekutunya melancarkan serangan udara bertalu-talu ke atas premis awam di kawasan berkenaan.
 
Menurut Syrian Observatory for Human Rights (SOHR), seorang ibu bersama tiga anaknya antara mangsa yang terbunuh akibat serangan selepas bom digugurkan ke atas sebuah pasar utama di Douma.
 
TRT World melaporkan, pasukan perubatan di rumah mayat terpaksa membalut mayat kanak-kanak yang bersepai.
 
“Saya bersama ayah di pasar menjual pudina, parsli dan bawang. Apa yang saya tahu selepas itu, kaki ini berdarah dan bapa telah mengalami kecederaan di kepala,” kata Ahmed Hatem, 11 tahun kepada AFP.
 
Dalam kejadian yang sama di Madyara, seorang kanak-kanak bersama dua yang lain terbunuh.
 
SOHR mengesahkan sepanjang semalam, 13 orang awam menjadi korban serangan Bashar di Timur Ghoutah.
 
Sementara itu, di barat Sinjar, Idlib, keganasan regim dan sekutunya menyebabkan 21 terbunuh termasuk lapan-kanak bersama 11 anggota keluarganya.
 
Mereka menjadi mangsa selepas tentera kerajaan cuba menguasai wilayah berkenaan yang menjadi kubu kuat kumpulan penentang.
 
“Regim dan Rusia melancarkan serangan berterusan pada hari ini di beberapa bahagian wilayah Idlib,” kata Ketua SOHR, Rami Abdel Rahman.
 
Terdahulu, dalam serangan ke atas pejabat kumpulan Ajnad al Qawqaz yang bersekutu dengan Hayat Tahrir al-Sham(HTS) pada Ahad, ia meragut lebih 43 nyawa, termasuk 28 orang awam.
 
Wilayah yang bersempadan dengan Turki itu hampir keseluruhan dikawal HTS yang kebanyakan terdiri daripada bekas pejuang yang pernah bersekutu dengan al Qaeda.
Inisitif yang dibuat Turki, Rusia, Iran dan regim sendiri pada penghujung tahun lalu memperakui Idlib dan Timur Ghoutah sebagai kawasan bebas perang.
 
Namun ia tidak pernah dilaksana kerana dicabuli Bashar dan sekutunya.
 
#SCNews
 

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *