indian porn max aloha tube 8 family porn best malay porn hub エロ動画 วิดีโอเอ็กซ์ أنبوب الجنس العربي

BASHAR BUNUH PENENTANG ATAU ORANG AWAM?

Rancangan regim Bashar al Assad dan sekutunya menggempur penentang di Idlib akan memakan lebih ramai nyawa orang awam berbanding kumpulan yang dilabelnya sebagai pemberontak.
 
Andaian itu dibuat berdasarkan strateginya yang menjadikan kawasan penempatan dan perlindungan sebagai sasaran pengeboman.
 
Siri serangan tanpa henti sejak 25 Disember lalu, menjadikan bandar-bandar utama seperti Idlib, Maaratul Nu’man dan Kafr Naha sebagai medan penyembelihan terbaru setanding dengan apa yang dilakukan di Timur Ghoutah.
 
Dalam berita atas taliannya, Newsweek meramalkan perkara yang sama.
 
“Tentera Syria dan sekutunya telah memasuki jauh ke bahagian barat laut Idlib yang dikuasai penentang, kelak memberi ancaman kepada kubu kuat kumpulan penentang, bahkan menjadikan ruang yang ada kepada kawasan lebih kecil,” petik laporannya yang disiar pada Rabu.
 
Dalam kenyataan yang disiarkan, Kementerian Pertahanan Syria berkata, askarnya yang dibantu sekutu mereka kini meneruskan pertempuran dengan Al Nusra Front dalam usaha menawa beberapa kampung dan bandar Rasem al-Hamidi, Al-Adliya, Waridi, Wadi al-Awja, Tel al-Awja, Burtuqala, Al-Jabriya, Karateen Kabir, Karateen Saghir, Istablat, Serouj Shamaliya, Al-Khurayba, dan Rabia Barnan di tenggara Idlib.
 
Katanya lagi, Damsyik telah menawan semula kampung Umm Sahraij di wilayah Hama dan berjaya menghalau sebilangan penentang.
 
Sementara itu Syrian Observatory for Human Rights (SOHR), berkata tentera Bashar dan sekutunya telah menguasai 90 bandar dan kampung yang sebelum ini berada dalam kekuasaan penentang.
 
Menurut kumpulan yang berpengkalan di United Kingdom itu, sejak operasi bermula 159 maut kerana pertempuran manakala 48 orang awam terbunuh akibat serangan udara.
 
Kesan jangka panjangnya dijangka lebih buruk asakan yang dibuat menyebabkan lebih 150,000 pelarian sedia ada mencari perlindungan ke sempadan Turki.
 
Wilayah Idlib yang sebelum ini diisytihar zon bebas perang oleh Bashar yang dipersetujui bersama Rusia, Iran, dan Turki menjadi satu-satunya kawasan yang dikuasai penuh pelbagai kumpulan anti kerajaan termasuk Hayat Tahrir al-Sham (HTS) kumpulan yang satu ketika dahulu pernah bersekutu dengan Al Qaeda.
 
Selain HTS, Jaish al Izzah dan Free Syrian Army yang disokong Turki, turut berkuasa di kawasan berkenaan.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *