indian porn max aloha tube 8 family porn best malay porn hub エロ動画 วิดีโอเอ็กซ์ أنبوب الجنس العربي

BASHAR SASAR KANAK-KANAK

Lebih ramai lagi orang awam dijangka akan menjadi korban serangan tentera regim Bashar al Assad dan sekutunya selepas operasi ketenteraan dipertingkat untuk menawan semula Pengkalan Tentera Udara Abu Duhur di Idlib.
 
Menurut Syrian Observatory for Human Rights (SOHR) berpuluh pekan dan kampung telahpun jatuh ke tangan tentera kerajaan.
 
“Dalam tempoh 24 jam, tentera regim telah merampas sekurang-kurangnya 79 perkampungan di wilayah bahagian selatan Aleppo, di satu kawasan berhampiran lapangan terbang pengkalan tentera Abu Duhur,” kata Ketua Pemantau SOHR, Rami Abdel Rahman.
 
Tentera regim yang dibantu Rusia menjadikan pengkalan itu sebagai sasaran dan usaha memerangi Hayat Tahrir al-Sham (HTS) yang menguasai kawasan berkenaan telah berlarutan sejak lebih dua minggu lalu.Menerusi kempen besar-besaran yang dibuat, ia turut mensasarkan kem sementara pelarian yang menyelamatkan diri dari pertempuran yang berlaku.
 
Salah satu visual serangan berjaya dirakam krew televisyen Al Jazeera yang kebetulan sedang membuat liputan di pinggir Idlib.
 
Dalam kejadian berkenaan, tiada maklumat lanjut diberikan mengenai angka kecederaan atau kematian akibat serangan yang dibuat.
 
Sementara itu di Timur Ghoutah, 180 orang termasuk 51 kanak-kanak telah terbunuh dalam tempoh dua minggu.
 
Serangan besar-besaran turut mengakibatkan lebih 800 cedera termasuk 200 kanak-kanak.
 
Angka itu diberikan White Helmets kepada CNN.
 
Dalam kenyataannya Tabung Kanak-Kanak Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNICEF) mengesahkan angka korban yang lebih rendah di mana 30 kanak-kanak dilaporkan terbunuh dalam tempoh dua minggu.
 
“Ia amat memalukan bahawa hampir tujuh tahun konflik, serangan ke atas kanak-kanak berterusan sementara dunia hanya memerhatikannya. Jutaan kanak-kanak di Syria dan di negara jiran menderita akibat peningkatan keganasan di beberapa bahagian negara itu,” kata UNICEF.
 
White Helmets juga melaporkan siri serangan gas klorin berskala kecil telah dilancarkan di kawasan berkenaan dan sekurang-kurangnya enam mangsa termasuk kanak-kanak dikejar ke Hospital Douma untuk mendapat rawatan.
 
 
 

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *