indian porn max aloha tube 8 family porn best malay porn hub エロ動画 วิดีโอเอ็กซ์ أنبوب الجنس العربي

BELUM SAMPAI AJAL

Abu Abdallah memulakan hari dengan bersarapan pagi bersama keluarga. Ketika sedang menjamahnya, si anak yang berusia tiga tahun, memberitahu ingin ke tandas.
 
Isteri Abu Abdallah kemudian datang dan membawanya pergi.
 
Sebaik dua beranak itu beredar, bunyi dentuman kuat kedengaran.
 
Dalam sekelip mata, bangunan yang dihuni ranap menyembah bumi selepas menjadi sasaran serangan tentera regim Bashar al Assad dan sekutunya.
 
Keadaan senyap seketika.
 
Sejurus selepas itu, jeritan dan tangisan meminta tolong daripada mangsa memenuhi ruang yang berkepuk dengan debu dan sisa bangunan.
 
“Saya berada di bawah runtuhan…kepala saya bengkok, saya tidak boleh angkat. Saya fikir ia pengakhiran hidup ini,” katanya seperti mana yang dilapor Reuters.
 
Abu Abdullah bernasib baik kerana terselamat namun, anak lelakinya terbunuh dalam siri serangan udara ke atas Saqba, di Timur Ghoutah pada minggu lalu.
 
Dia yang beransur pulih dari kecederaan di kepala dapat mengingati satu persatu, detik-detik pada sebelum dan selepas kejadian.
 
“Pasukan penyelamat tiba dalam masa beberapa minit dan kemudian menarik isteri saya keluar. Dia memberitahu mereka terdapat anak lelaki dan mereka membawanya keluar.
 
“Semua di dalam rumah dibawa keluar dengan selamat, kecuali anak lelaki saya, Dia telah syahid,” cerita Abu Abdallah.
 
Kisah bapa muda berusia 26 tahun ini, sebahagian daripada cerita 400,000 penduduk Timur Ghoutah yang sedang dikepung sejak empat tahun lalu dan anaknya, Abdallah antara nyawa 50 kanak-kanak Syria yang menjadi korban kezaliman regim Bashar dan sekutunya.
 
Secara keseluruhan, sejak dua minggu lepas, lebih 180 orang terbunuh akibat pelbagai bentuk serangan ke atas kawasan berkenaan.
 
Menurut White Helmets, operasi ketenteraan tanpa henti telah menyebabkan lebih 800 cedera termasuk 200 kanak-kanak.
 
“Dunia sepatutnya kasihan dengan kanak-kanak dan wanita ini kerana mereka tidak berkaitan langsung dengan pertempuran,” luah Abu Abdallah kepada Reuters.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *