TURKI BERSIAP SIAGA

Majlis Keselamatan Kebangsaan Turki memutuskan untuk mengambil tindakan segera bagi menghadapi ancaman negara itu dari barat Syria.
 
Dalam kenyataannya, ia menegaskan langkah-langkah perlu akan diambil bagi melindungi nyawa dan harta penduduk tempatan selain mengetatkan kawalan sempadannya.
 
“Penubuhan koridor pengganas dan pembentukkan tentera pengganas merentasi sempadan tidak akan dibenarkan,” katanya.
 
Pada mesyuarat yang diadakan pada Rabu, ia telah dipengerusi Presiden Recep Tayyip Erdogan dan ia telah berlangsung selama lebih empat jam.
 
Ankara sebelum itu memandang serius pengumuman Amerika Syarikat mengenai rancangannya untuk mewujudkan 30,000 Tentera Pelindung Sempadan Syria dengan sekutunya Syrian Democratic Forces (SDF) berserta Yekîneyên Parastina Gel (YPG) yang didokong puak Kurdish.
 
Kedua kumpulan berkenaan, yang dikatakan berakar umbi dengan Partiya Karkerên Kurdistanê (PKK) yang dilabel pengganas oleh Amerika Syarikat, Kesatuan Eropah (EU) dan Turki sendiri.
 
Pada Isnin, hubungan Ankara hampir di penghujung apabila Erdogan mengancam akan bertindak terhadap rancangan Amerika Syarikat mendokong tentera berkenaan, sebelum ia ditubuhkan.
 
 
 

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *