TURKI-SYRIA DI AMBANG PERANG

 
 
Regim Presiden Bashar al Assad mengeluarkan arahan akan menembak sebarang pesawat tentera Turki yang memasuki ruang udara wilayahnya.
 
Timbalan Menteri Luarnya, Faisal Mekdad berkata tindakan berkenaan diambil bagi melindungi kedaulatan Syria.
 
“Kami memberi amaran bahawa Tentera Udara Syria bersiap-siaga untuk memusnahkan pesawat Turki di ruang udara Syria,” katanya sebagaimana yang dipetik SANA.
 
Perkembangan terbaru itu merumitkan usaha mencari penyelesaian konflik berdarah di negara itu yang berlarutan sejak Mac 2011.
 
Turki yang bersempadan dengan Syria sebelum ini Ankara sebelum itu menentang keras pengumuman Amerika Syarikat mengenai rancangannya untuk mewujudkan 30,000 Tentera Pelindung Sempadan Syria dengan sekutunya Syrian Democratic Forces (SDF) berserta Yekîneyên Parastina Gel (YPG) yang didokong puak Kurdish.
 
Sebagai persiapan, Ankara dilapor menambah ketumbukan tentera di sempadan dan bersedia untuk menghadapi tentangan dari kumpulan yang dilabelnya sebagai pengganas di Afrin.
 
Ketika mengulas perkembangan yang berlaku Menteri Luar Turki, Mevlut Cavusoglu memaklumkan kepada CNN bahawa ia tidak akan berdiam diri dan akan mengambil tindakan memerangi YPG.
 
“Turki menjadi sasaran serangan setiap hari dari Afrin. Ia tanggungjawab kami sebagaimana yang diperuntukkan di bawah undang-undang antarabangsa untuk mengambil tindakan memerangi kumpulan pengganas yang berada di sekeliling kami dari tiga penjuru,” katanya sebagaimana dipetik agensi berita itu.
 
Turki yang berjiran dengan Syria, sebelum ini terpaksa menampung lebih tiga juga pelarian negara itu menerima pelbagai kesan akibat konflik yang berlaku, termasuk ancaman keselamatan dari IS dan pemberontak Kurdish yang berjuang menuntut kuasa autonomi.
 
 
 

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *