indian porn max aloha tube 8 family porn best malay porn hub エロ動画 วิดีโอเอ็กซ์ أنبوب الجنس العربي

PERBINCANGAN DAMAI SOCHI ‘SANDIWARA’

Semalam bermula Perbincangan Damai Sochi, yang diusahakan Rusia bagi mencari penyelesaian konflik di Syria.
 
Pertemuan yang berlangsung selama dua hari yang diberi nama Dialog Kebangsaan Kongres Rakyat Syria, kononnya akan menentukan masa depan negara yang telah lebih tujuh tahun bergolak di mana rakyat Syria akan membuat pilihan tanpa ada tekanan luar.
Regim Bashar al Assad sebagaimana dilapor TRT telah mengesahkan deligasi 680 rakyatnya dan 400 wakil pembangkang akan hadir pada perbincangan itu.
 
Manakala Staffan de Mistura menjadi utusan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), bersama wakil dari Iran dan Turki.
 
Jawatankuasa Rundingan Tertinggi (HNC) yang mewakili seteru politik Bashar awal-awal lagi menolak sandiwara yang diatur Moscow kerana sedunia tahu, bahawa Kremlin adalah dalang kepada wayang yang dimainkan Bashar.
 
Ketika perbincangan berlangsung, ia tidak membawa sebarang erti kepada rakyat Syria.
 
Tiada beza antara rundingan sedang berjalan atau sebaliknya kerana Bashar dan Vladimir Putin berterusan menyembelih rakyat Syria.
 
Di Idlib misalnya, sejak rundingan di Sochi berlangsung, serangan tetap bertambah dan jumlah kematian terus meningkat.
 
Semalam sahaja (Isnin) Syrian Observatory for Human Rights (SOHR) melaporkan paling tidak 33 orang awam maut dalam tempoh 24 jam.
 
Lebih jahanam, Bashar dan sekutunya terus menjadikan pasar awam sebagai sasaran.
 
Dalam serangan ke atas pasar di bandar Saraqeb, 11 maut.
 
Manakala sehari sebelum itu, 17 nyawa melayang dalam siri serangan ke atas beberapa bandar di wilayah yang bersempadan dengan Turki itu.
 
“Tentera regim meningkatkan serangan dalam tempoh 24 jam lalu berikutan keadaan cuaca yang beransur baik,” kata Ketua Pemerhati SOHR, Rami Abdul Rahman.
 
Sama ada dari mata kasar atau halus, rundingan damai yang dicanang Rusia kepada masyarakat antarabangsa untuk mencari penyelesaian bukan sahaja tidak membawa sebarang makna tetapi terus mengundang bala dan bahana kepada rakyat Syria.
 
Sepanjang tujuh tahun lalu, rakyat di bumi Syam telah menjadi mangsa pembunuhan senjata yang diharamkan Konvensyen Geneva. Bashar menggunakan hampir semua senjata kimia semata-mata untuk menghapuskan rakyatnya sendiri. Siapakah di sebaliknya kalau bukan Rusia.
 
Hari ini, ia bersandiwara lagi dan dengan penuh “propa” mengusahakan rancangan damai untuk mencari penyelesaian konflik di Syria. Hakikat sebenar yang diusahakan Moscow adalah bagi memastikan Syria akan terus kekal sebagai “boneka” di Asia Barat.
 
Masa akan menentukan Bashar dan sekutu akan terima karma di atas kezalimannya. Tetapi Rusia akan terus berusaha untuk memastikan cengkamannya ke atas negara itu tidak akan hilang.
 
 
 

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *