LEBIH 100 SERANGAN DALAM TEMPOH 24 JAM

 
Rusia melancarkan serangan tanpa henti ke atas kedudukan orang awam di Idlib selepas pesawat miliknya ditembak jatuh pejuang.
 
Dalam insiden itu, juruterbangnya yang cuba menyelamat diri berjaya dibunuh.
 
Sebagai balas dendam, pada Ahad sahaja, Kremlin melancar tidak kurang 68 siri serangan udara ke atas wilayah berkenaan.
 
Ia tambahan kepada 35 serangan yang telah dibuat pada Sabtu.
 
Menurut al Jazeera, 25 orang awam telah terkorban dan angka sebenar dikatakan lebih ramai berikutan dakwaan Moscow bahawa 30 pejuang anti kerajaan, Hayat Tahrir al Syam di kawasan pesawatnya ditembak, telah berjaya dibunuh.
 
Dalam perkembangan berasingan, White Helmets mengesahkan tiga anggotanya antara sembilan mangsa serangan gas beracun tentera regim Bashar al Assad di Saraqeb.
 
Pengesahan itu dimuat naik dilaman Twitter bersama rakaman video menyelamatkan mereka yang cedera.
 
Dalam perkembangan yang sama, Syrian Observatory for Human Rights (SOHR) mengesahkan serangan bom kimia dilancarkan dengan menggunakan helikopter.
 
Selain menggugurkan gas beracun, hospital utama di Maaratul Nu’man telah menjadi sasaran pesawat Rusia.
 
SOHR mengesahkan, segala operasi di hospital berkenaan terpaksa dihentikan berikutan kemusnahan teruk dan serangan tanpa henti tentera regim dan sekutunya.
 
Media Syria Care
 

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *