indian porn max aloha tube 8 family porn best malay porn hub エロ動画 วิดีโอเอ็กซ์ أنبوب الجنس العربي

BALA BESAR

Tentera regim Bashar al Assad dan sekutunya dijangka akan melancarkan operasi darat besar-besaran ke atas Timur Ghoutah dalam tempoh terdekat.
 
Ia dibuat selepas serangan udara tanpa henti ke atas kawasan berkenaan sejak penghujung Disember 2017, yang mengorban lebih seribu nyawa.
 
Menurut portal berita atas talian, Middleeasteye, Bashar telah mengerah lebih ramai tentera darat ke kawasan yang dikepungnya, sejak 2013 lalu.
 
Sehingga Ahad, lebih 260 serangan udara dalam pelbagai bentuk telah dilancarkan ke atas kawasan yang dihuni 400,000 penduduk.
 
Ia mengakibat 14 terbunuh termasuk empat kanak-kanak.
 
“Pasukan bantuan telahpun cukup. Serangan hanya menunggu lampu hijau,” kata Rami Abdul Rahman, Ketua Syrian Observatory for Human Rights, SOHR.
 
Operasi itu menjadi satu lagi bala kepada penduduk Timur Ghoutah yang sebelum ini telah diserang tanpa belas ehsan kerana menjadi saki baki kubu akhir kumpulan anti kerajaan.
 
Kawasan yang terletak 16 kilometer di pinggir ibu negara, Damsyik menjadi sasaran kerana ia masih dikuasai penentang termasuk Hayat Tahrir al Syam (HTS) dan Faylaq al Rahman.
 
Meskipun diserang hebat, kumpulan berkenaan dilapor turut meningkatkan serangan ke atas kedudukan dan kawasan yang dikuasai tentera.
 
AFP melaporkan pada Ahad, enam serangan roket telah dilancarkan ke atas Damsyik.
 
Sementara itu dalam perkembangan yang sama, Al Masdar melaporkan puak-puak yang menjadi konco Bashar telah menuju ke Timur Ghoutah bagi membantu serangan darat yang akan dilancarkan.
 
Ia kumpulan yang sama bertempur dengan IS dekat Deir Ezzor dan Raqqa yang dipimpin komandar yang dikenali sebagai Sheikh Turki.
 
 

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *