indian porn max aloha tube 8 family porn best malay porn hub エロ動画 วิดีโอเอ็กซ์ أنبوب الجنس العربي

BEKALAN MAKANAN HANYA UNTUK SEHARI

Bekalan makanan yang dihantar ke Timur Ghoutah yang diselenggara agensi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) pada Selasa hanya mencakupi tujuh peratus daripada 400,000 penduduk di kawasan berkenaan.

Lebih dari itu, agihan tepung yang disalurkan hanya mampu bertahan hanya sehari.

“Boleh anda bayangkan bilangan ini? Jika kita nisbahkan secara purata setiap keluarga akan mendapat bekalan sebanyak 2 kilogram (tepung). Ia cukup hanya sehari. Ia tidak boleh dipercayai betapa Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) itu memalukan,” kata aktivis media Ahmad Khansour kepada TRT World.

Sementara itu, Penyelaras Kemanusiaan PBB di Syria, Ali al Zatari berkata, bantuan telah dihantar kepada kumpulan orang awam dan majlis tempatan dengan kerjasama Palang Merah Syria ( SARC).

Tegasnya, kumpulan bersenjata dikecualikan dari menerima agihan bantuan yang disalurkan.

“Kami berharap, orang awam akan menerima agihan yang saksama, mereka berkongsi, paling penting mereka berkongsi bantuan kemanusiaan,” katanya.

Menurut Jurucakap Jawatankuasa Bulan Sabit Antarabangsa (ICRC), Ingy Sedky, penghantaran kali ini membabitkan 5,500 bag makanan dan tepung, cukup untuk 27,500 orang bersama tambahan alatan perubatan.

Jelas Sedky lagi, bagi keluarga yang terdiri daripada lima orang, pek bantuan boleh bertahan untuk tempoh sebulan.

Bagaimanapun nasib majoriti penduduk Timur Ghoutah yang terkepung tidak berubah kerana PBB terpaksa menangguhkan misi penghantaran bantuan kemanusiaan ke kawasan itu.

Ia digantung ekoran serangan berterusan tentera regim Bashar al Assad dan konco-konconya.

Sepanjang minggu ini sahaja, lebih 80 nyawa orang awam menjadi korban, angka tertinggi sejak gencatan lima jam diumumkan Presiden Rusia, Vladimir Putin, 10 hari lalu.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *