BASHAR TIDAK BERSALAH-RUSIA

Regim Bashar al Assad dan konco-konconya telah bertindak dengan betul dalam operasi ketenteraan di Timur Ghoutah.

Kenyataan itu dibuat Duta Rusia ke Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Vassily Nebenzia.

Katanya, apa yang dilakukan adalah bagi melindungi rakyat.

“Kerajaan Syria mempunyai hak untuk menghapuskan ancaman keselamatan rakyatnya.

“Kawasan pinggir bandar Damsyik tidak boleh kekal sebagai kubu pengganas,” kata Nebenzia di PBB.

Kenyataan itu dibuatnya ketika serangan ke atas Timur Ghoutah tidak menampakkan sebarang tanda reda dan menjadi lebih buruk.

Sejak 18 Februari lalu, lebih 1,162 orang awam telah dibunuh termasuk 241 kanak-kanak.

Pada sidang yang berlangsung semalam, Amerika Syarikat memberi kenyataan keras bahawa Washington telah bersedia untuk bertindak ke atas regim Bashar bagi mengakhiri serangan senjata kimia ke atas orang awam.

Dutanya, Nikki Haley meminta supaya gencatan senjata 30 hari yang baru dilaksana segera, atau negara itu berdepan dengan tindakan tegas yang mendapat mandat dari badan dunia itu.

 

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *