25 TRAK ICRC TIBA DI DOUMA

Jawatankuasa Palang Merah Antarabangsa (ICRC) mengesahkan 25 trak bantuan telah memasuki bahagian utara Timur Ghoutah dan tiba di bandar Douma.

Menurut jurucakapnya, Iolanda Jaqueme, bekalan yang dibawa mencukupi bagi keperluan 26,1000 orang untuk tempoh sebulan.

Jelasnya, misi berkenaan membawa 5,220 paket makanan bersama 5,220 beg gandum yang disumbang Program Makanan Sedunia Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (WFP).

Dalam perkembangan berasingan Syrian Observatory for Human Rights (SOHR), mengesahkan, sekurang-kurangnya, 12,500 orang awam meninggalkan Timur Ghoutah berikutan kemaraan tentera kerajaan.

Ia perpindahan besar-besaran selepas serangan dibuat ke atas kawasan berkenaan bulan lalu.

Rakaman visual yang disiarkan TRT World menunjukkan mereka berjalan kaki meninggalkan bandar Hammouriya.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *