BANTUAN MAKANAN BUAT IBU YANG MENYUSU-MAC 2018-TIMUR GHOUTA

150 pek makanan telah berjaya diagihkan bagi ibu-ibu yang menyusu di kawasan Arbeen,Timur Ghoutah beberapa hari lalu.

Mungkin sewaktu anda menghulurkan bantuan melalui Syria Care anda tidak sedar betapa bantuan yang anda hulurkan berapa pun nilainya itu terlalu bermakna buat mereka di sana.

Bantuan Kecemasan Khas bagi Bayi dan Ibu Menyusu yang dilancarkan antara 12 hingga 19 Mac telah mendapat sambutan luar biasa.

Dan apa yang mengujakan pihak kami dan Admin yakin and semua juga adalah bantuan anda telah sampai dan telah selamat diagihkan.

Dengan kerjasama NGO Emarusham di Timur Ghoutah,para petugas kami telah menyampaikan bantuan kepada penduduk yang berlindung di bilik-bilik bawah tanah dan di terowong-terowong sempit.

Mereka meletakkan nyawa mereka sendiri dalam bahaya demi menyampaikan amanah anda semua.

Alhamdulillah 350 pek susu dan 500 pek makanan telah berjaya disediakan dan diagihkan.

Terima kasih rakyat Malaysia! #SyriaCareforhumanity #BantuanKecemasanTimurGhoutah

[huge_it_slider id=”155″]

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *