LARIAN RIA AMAL MYFEST MEMBANTU SYRIA CARE

Telah berlangsung acara Larian Ria Amal pagi tadi (25.3.2018) anjuran MyFest Malaysia dengan tujuan membantu mengisi tabung kemanusiaan Syria Care.

Bermula jam 7.30 pagi bertempat di kawasan sekitar Tesco Semenyih, larian ini telah disertai seramai lebih kurang 100 orang termasuk kanak-kanak.

Syria Care turut menghantar wakil bagi acara ini. Larian sejauh 3km ini turut disertai oleh penyanyi yang sedang meningkat naik iaitu As’ad Mowtah dan Ikhwan Fatanna.

Penganjur MyFest Malaysia ini bercadang untuk meneruskan acara ini sbg aktiviti tahunan bagi terus menzahirkan sokongan terhadap usaha-usaha kemanusiaan Syria Care.

[huge_it_slider id=”156″]

 

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *