indian porn max aloha tube 8 family porn best malay porn hub エロ動画 วิดีโอเอ็กซ์ أنبوب الجنس العربي

RUSIA TIPU-JAISH AL ISLAM

Kumpulan penentang anti kerajaan regim Bashar al Assad, Jaish al Islam menafikan dakwaan yang dibuat Rusia bahawa pihaknya telah bersedia meletak senjata dan akan meninggalkan Douma di Timur Ghoutah.

“Ia adalah satu pembohongan dan jauh sama sekali tidak benar,” kata Ketua Cabang Politik Jaish al Islam, Mohammad Alloush sebagaimana dilapor TRT World.

Sanggahan dibuat susulan kenyataan Ketua Jabatan Operasi, Angkatan Tentera Rusia, Leftenan Jeneral Stanislav Gadzhimagomedov kepada media negara itu pada Isnin bahawa pihaknya telah mengadakan perbincangan dengan kumpulan berkenaan untuk dibawa keluar dari bandar Douma.

Dakwa Gadzhimagomedov, penentang utama di bandar itu telah memberikan petanda akan meletak senjata dalam masa terdekat.

Perkara yang sama turut dihebahkan akhbar pro Bashar, Al Watan yang melaporkan bahawa Jaish al Islam dan Rusia telah mencapai persefahaman dan pihak berkenaan akan meneliti deraf perjanjian dalam tempoh tiga hari.

Jika dipersetujui, ia akan ditandatangan.

Sementara itu, Syrian Observatory for Human Rights (SOHR) berkata wujud rundingan dengan bahagian-bahagian kecil dalam kumpulan itu tanpa membabitkan orang penting.

Menurut SOHR lagi, ia gagal selepas Moscow menolak permintaan supaya mereka dibenarkan pergi kebahagian selatan wilayah Daraa.

Razali Awang
Media Syria Care

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *