indian porn max aloha tube 8 family porn best malay porn hub エロ動画 วิดีโอเอ็กซ์ أنبوب الجنس العربي

40 LELAKI HILANG

Syrian Observatory for Human Rights (SOHR) mengesahkan sekurang-kurangnya 40 lelaki termasuk remaja ditangkap tentera regim Bashar al Assad dan sekutunya selepas beberapa kawasan yang dikuasai kumpulan anti kerajaan di Timur Ghoutah jatuh ke tangan mereka.

Dalam laporan yang dipetik TRT World, SOHR tidak memberikan butiran lanjut mengenai insiden berkenaan.

Kenyataan itu dibuat ketika usaha pemindahan besar-besaran dilakukan di kawasan Timur Ghoutah selepas ia menjadi sasaran serangan bertubi-tubi sejak 18 Februari lalu yang mengakibatkan lebih 1,700 orang awam menjadi korban.

Meskipun Majlis Keselamatan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) mengeluarkan Resolusi 2401 yang mendesak pelaksanaan gencatan senjata serta merta selama 30 hari, tetapi regim Bashar dan konco-konconya, terutama Rusia terus ingkar dengan menggunakan strategi kepung, bom dan bunuh ke atas orang awam.

Mengulas mengenai kegagalan resolusi berkenaan, Duta Amerika Syarikat ke Majlis Keselamatan, Nikki Haley berkata, ia “Hari Memalukan” selepas ia diluluskan negara anggota pada 24 Februari lalu.

Dalam kenyataan yang dibuatnya pada Selasa, beliau berkata selepas bertahun berdepan dengan kepungan dan kebuluran, penduduk terpaksa menyerah.

“Sejarah tidak akan memihak akan apabila ia menilai keberkesanan badan ini dalam meringankan penderitaan rakyat Syria,” katanya.

Bagaimanapun kenyataan itu dibalas Duta Rusia, Vassily Nebenzia yang menegaskan hanya negaranya yang berhempas pulas untuk melaksanakan gencatan senjata sehingga ia menjadi kenyataan.

Katanya lagi pengunduran kumpulan penentang dan orang awam telah dibuat secara sukarela dan askarnya telah menyediakan makanan, khemah dan bantuan ubat-ubatan kepada mereka yang memerlukan.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *