indian porn max aloha tube 8 family porn best malay porn hub エロ動画 วิดีโอเอ็กซ์ أنبوب الجنس العربي

40 PERATUS ANAK PELARIAN SYRIA TERCICIR

Lebih 40 peratus kanak-kanak Syria yang menjadi pelarian di negara jiran tidak mendapat pendidikan.

Pertubuhan bukan kerajaan (NGO) KidsRight mendakwa, peratusan itu semakin meningkat berikutan kekurangan dana selain kejadian buli di sekolah.

Katanya, meskipun pemimpin dunia telah bersetuju pada 2016 untuk mewajibkan semua kanak-kanak pelarian Syria ke sekolah pada penghujung 2017, keadaan itu hakikatnya tidak berlaku.

Dalam kenyataannya yang disiarkan portal Voa News, KidsRight berkata, 43 peratus daripada mereka yang berada di Lubnan, Jordan, Mesir, Turki dan Iraq, masih tidak mendapat peluang untuk belajar.

Jelasnya daripada 1.8 juta kanak-kanak yang mendaftar sebagai pelarian di lima negara berkenaan, 777,000 daripada mereka telah tercicir.

Jelasnya, kegagalan memberi pendidikan kepada kelompok itu menyebabkan mereka menjadi “generasi hanyut” dan memberi kesan serius di masa akan datang untuk membangun semula Syria.

“Jatuh bangun kejayaan pembinaan semula pasca konflik Syria bergantung kepada tahap pendidikan yang kita boleh berikan kepada mereka,” kata Pengerusi KidsRight, MarcDullaert .

Kenyataan berkenaan dikeluarkan pada mesyuarat kedua Leaders and Laureates for Children Summit, yang berlangsung pada Selasa di Jordan.

Sehubungan itu, ia merayu sumbangan segera berjumlah AS603 juta bagi menampung jurang selain menjadikan pendidikan sebagai keutamaan.

Mengulas isu yang sama, Tabung Kanak-Kanak Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNICEF) berkata, ketiadaan pendidikan yang sepatutnya telah menyebabkan lebih 180,000 daripada anak pelarian Syria terpaksa menjadi buruh kanak-kanak.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *