indian porn max aloha tube 8 family porn best malay porn hub エロ動画 วิดีโอเอ็กซ์ أنبوب الجنس العربي

BAS PELARIAN KENA BALING BATU

Puluhan bas yang membawa pelarian dari Arbin, Zamalka dan Jobar yang memasuki Qalaat al Madiq dengan cermin tingkap pecah.

Menurut AFP, konvoi berkenaan telah dibaling batu ketika melepasi kawasan yang dikuasai tentera regim Bashar al Assad.

Bagaimanapun, tiada maklumat lanjut diberikan berhubung insiden berkenaan.

Menurut agensi itu, sebaik tiba, mereka diberikan rawatan dan makanan.
Sebahagian pelarian diambil oleh ahli keluarga yang menanti untuk dibawa ke Idlib manakala yang lain terus berada dalam bas untuk dibawa ke kem pelarian.

Sementara itu dalam perkembangan lain, 200,000 orang awam di Douma berdepan dengan operasi ketenteraan besar-besaran regim Bashar al Assad dan sekutunya, termasuk Rusia, dalam usaha menguasai sepenuhnya Timur Ghoutah.

Menurut akhbar pro kerajaan Al Watan, kepungan telah dibuat ke atas kawasan itu sejak dua hari lalu, selepas rundingan dengan Jaish al Islam gagal mencapai persetujuan.

“Regim telah menambah bilangan tentera di sekitar Douma untuk meningkatkan tekanan kepada Jaish al Islam untuk menerima rundingan damai, sebagaimana mereka di bandar lain di Timur Ghoutah,” petik akhbar itu.

Ia juga mendakwa kumpulan yang mempertahankan bandar itu turut menerima tekanan daripada beratus-ratus orang awam yang keluar ke kawasan utama bagi mendesak mereka menerima tawaran regim.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *