indian porn max aloha tube 8 family porn best malay porn hub エロ動画 วิดีโอเอ็กซ์ أنبوب الجنس العربي

TRUMP UMUM AS KELUAR DARI SYRIA

Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump membuat kejutan dengan mengumumkan akan menarik keluar tenteranya dari Syria.

Dalam kenyataaan yang disiarkan di televisyen, beliau tidak memberikan butiran lanjut mengenai perubahan dasar di negara itu dan cuma menekankan ia akan dibuat pada masa terdekat.

“Kita akan menarik keluar dari Syria pada masa terdekat. Sekarang biar orang lain ambil berat mengenainya,” kata beliau seperti dilapor Al Jazeera.

Sambil merungut beliau berkata, Amerika Syarikat telah membelanjakan trilion dolar di Asia Barat, tetapi sebagai pulangan, ia tidak mendapat apa-apa.

Bagaimanapun Trump tidak menjelaskan sama ada pengunduran akan turut membabitkan pemberhentian operasi udara ke atas saki baki IS di negara itu.

Sebelum ini, sebahagian besar tentera Amerika Syarikat di Syria ditempatkan di bahagian utara bersama dengan pemberontak Kurdish, YPG, bagi memerangi IS.

Minggu lalu, Jabatan Negara menafikan laporan bahawa persefahaman telah dicapai dengan Turki berhubung kehadiran tenteranya di Manbij, kawasan yang masih dikuasai puak Kurdish.

Laporan sebelum ini mendakwa bahawa Ankara dan Washington telah mencapai persefahaman asas berkenaaan isu itu dan Turki hanya menunggu jawapan dari sekutunya, Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO), bagi melaksanakan hasil rundingan.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *