indian porn max aloha tube 8 family porn best malay porn hub エロ動画 วิดีโอเอ็กซ์ أنبوب الجنس العربي

JADI TAHANAN SELEPAS MENYERAH

Sebahagian orang awam lelaki di kawasan yang dikuasai semula tentera regim Bashar al Assad dan sekutunya telah dikerah menjadi tentera kerajaan.

Dakwaan itu dibuat portal Irin News yang turut dikongsi di laman sesawang pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Relief Web.

“Selepas menguasai semula kawasan yang dikuasai penentang di timur Aleppo pada penghujung 2016, kebanyakan lelaki dilaporkan tertakluk kerahan ketenteraan yang menjadi kewajiban di Syria. Terdapat juga laporan mereka ditahan atas faktor politik dan orang awam yang mempunyai hubungan dengan komander penentang telah dijadikan tebusan,” tulis wartawan bebas Aaron Lund.

Menyentuh mengenai situasi terkini pengunduran keluar orang awam dari Harasta, Arbin, Zamalka dan beberapa kawasan lain di Timur Ghoutah, dia berkata wanita, kanak-kanak dan orang tua dibenarkan keluar dari khemah tetapi bagi lelaki yang berumur antara 16 hingga 50 tahun, kelompok umur itu perlu melalui proses tapisan yang dikenali sebagai ” as taswiyat al-awdaa” atau status penempatan.

Ia terma yang digunakan regim Bashar bagi memastikan mereka telah diberi keampunan atas “kesalahan politik”” ( yang didefinisi oleh kerajaan sama ada pernah terbabit dengan keganasan bersenjata atau pernah bangkit menentang mereka).

Menurut Lund sumber itu diperolehi berdasarkan email yang diterimanya daripada Penasihat Majlis Pelarian Norway, Rachel Sider yang menjalankan kerja-kerja kemanusiaan di dalam Ghoutah.

Tambahnya lagi maklumat yang diperolehi amat terhad kerana media tidak diberikan kebenaran untuk memasuki kawasan berkenaan bagi mendapatkan kesahihan mengenai pembunuhan beramai-ramai ataupun pengainayaan yang berlaku di khemah pelarian.

Minggu lalu, klip video yang menunjukkan perbuataan Ahli Parlimen Syria, Mohammed Qaband menjadi tular selepas dia mengenakan syarat kepada pelarian yang tiba di kawasan yang dikuasai kerajaan perlu memuji Bashar bagi mendapat sebotol air.

Dakwaan yang sama juga dibuat sukarelawan bertugas yang menyaksikan askar regim Bashar dan konco-konconya mencaci maki orang awam dan pejuang anti kerajaaan ketika proses pemindahan keluar dari Timur Ghoutah berjalan.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *