indian porn max aloha tube 8 family porn best malay porn hub エロ動画 วิดีโอเอ็กซ์ أنبوب الجنس العربي

PELARIAN DIARAK, DIHINA DAN DIMAKI

Menaiki bas yang membawanya jauh dari rumah dia menghabiskan zaman kanak-kanak di Hefonya, Timur Ghoutah, bermain di fikiran Tasneem al Bush, salah seorang antara puluhan ribu penduduk kawasan itu yang terpaksa menerima rancangan pengusiran terancang yang diusaha Rusia.

Perjalanan ke tempat baru, Idlib yang terletak beratus kilometer adalah sesuatu yang asing dan apa yang dilalui, dia tidak pernah sama sekali inginkan.

“Kami telah terperangkap di ruang bawah tanah di kawasan tempat tinggal dengan bau busuk selama berhari-hari sementara menunggu pengeboman berhenti. Pada satu tahap ia berada dalam keadaan amat teruk di mana kami makan hanya sekali dalam masa dua hari,” cerita Tasneem kepada Middle East Eye.

Bagi ibu berusia 29 tahun dengan tiga anak, tiada yang indah dapat dikongsi sepanjang dia dibawa keluar dari Timur Ghoutah.

Perjalanan ke Idlib yang masih dikuasai kumpulan anti kerajaan, sesuatu yang memeritkan bagi Tasneem dan pelarian lain dari Timur Ghouta kerana mereka diarak di kawasan penempatan penyokong kerajaan dan kemudian dicemuh.

“Sebahagian mereka mencaci maki lelaki dan pejuang sambil menjerit menentang revolusi dengan tujuan membodek Bashar. Ia penghinaan yang dilalui,” cerita Tasneem.

Tambahnya lagi, sewaktu dalam perjalanan tentera Rusia yang lengkap bersenjata telah turut sama dan menggunakan pengesan logam untuk memeriksa setiap bagasi penumpang.

Pengalaman yang sama turut dikongsi Mohannad Arbane.

“Orang ramai (penyokong Bashar) menyumpah ke arah kami dan membaling batu ke arah bas,” katanya.

Dia meninggalkan Timur Ghoutah bersama isteri dan dua anak pada minggu lalu berkata, perjalanan untuk sampai ke Hama, dekat Idlib telah mengambil masa 23 jam.

“Mengapa perjalanan ini mengambil masa amat panjang? Pergi ke Hama hanya mengambil masa beberapa jam. Bukan 23 jam.

“Kami tidak dapat tidur kerana pusat pemeriksaan akan menahan bas dan memeriksanya satu persatu,” katanya.

Sepanjang dua minggu lalu, puluhan ribu telah dipindahkan selepas tentera kerajaan memulakan langkah akhir menguasai sepenuhnya kawasan di pinggir Damsyik.

Di saat sebahagian pihak ragu dengan masa depan kebangkitan rakyat, Hosam Damas salah seorang anggota Faylaq al Rahman optimis dengan perjuangannya.

“Kami tidak kalah perang dengan Bashar meskipun ramai yang fikir sebegitu.

“Di Timur Ghoutah kami menentang regim dengan sendirian, tetapi di Idlib, kami akan teruskan berjuang dari sini dan akan berpadu kekuatan serta bersatu di bawah satu panji untuk memerangi pertempuran,” katanya.

Meskipun telah selamat tiba, pelarian masih dibayangi ketakutan tentera regim Bashar dan konco-konconya mungkin akan mengalihkan tumpuan ke Idlib selepas menguasai sepenuhnya kawasan Timur Ghoutah.

Awal tahun ini, pegawai kanan Arab di Amman, Jordan, dan Beirut, Lubnan, memberi amaran bahawa kawasan Idlib sebenarnya menjadi “perangkap maut yang dirancang rapi” di mana orang awam diberi beberapa perlindungan sebelum perang habis-habisan berakhir.

Ketika mana pejuang dan anggota keluarga mereka dibawa jauh, Kementerian Pertahanan Rusia memberitahu agensi berita Interfax bahawa lebih 40,000 orang awam yang keluar dari situ boleh kembali selepas beberapa tahun.

Kenyataan itu kemudian dibalas ke Syrian Observatory for Human Rights (SOHR) ke akaun Twitter kementerian berkenaan dan menegaskan ia tidak benar.

Tulisan ini telah diolah dari artikel asal yang ditulis Zouhir Al Shimale di Middle East Eye

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *