indian porn max aloha tube 8 family porn best malay porn hub エロ動画 วิดีโอเอ็กซ์ أنبوب الجنس العربي

BASHAR BINATANG-TRUMP

Presiden Rusia, Vladimir Putin, serta Iran bertanggungjawab bersama Presiden Bashar al Assad melancarkan serangan terbaru senjata kimia ke atas penduduk Douma.

Reaksi itu diberikan Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump di laman Twitter.

Katanya lagi, perbuatan “kebinatangan” yang dibuat Bashar akan kekal dalam sejarah.

“Ramai mati, termasuk wanita dan kanak-kanak dalam serangan tidak berotak di Syria,” katanya di laman Twitter.

Tulis Trump lagi, semua negara yang menyokong regim Bashar telah membayar harga besar dan bertanggungjawab dengan perbuatan itu.

Dalam kenyataannya sebelum ini, Jabatan Negara menyifatkan serangan pada Jumaat dan Sabtu sebagai amat dahsyat dan sekiranya sah, ia meminta tindakan segera dari masyarakat antarabangsa.

Kenyataan keras yang sama turut dikeluarkan Perancis.

Menteri luarnya, Jean-Yves Le Drian berkata, Paris akan “melaksanakan tugas” dan meminta Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), mengadakan sidang tergempar untuk menyiasat keadaan di Timur Ghoutah.

“Menggunakan senjata kimia, adalah jenayah perang,” katanya dalam kenyataan.

Britain juga mengambil pendirian yang hampir sama.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *