Agihan Pakaian untuk Pelarian Timur Ghoutah di Idlib | April 2018

Kami baru terima laporan bergambar dari rakan kerjasama kami di Afrin. Projek agihan ini telah selesai dilaksanakan pada April 2018.
 
Setelah penduduk Timur Ghoutah dihalau keluar dari kawasan yang dikepung itu sehelai sepinggang, bantuan daripada rakyat Malaysia melalui Syria Care menggembirakan mereka.
 
Agihan pakaian ini dilaksanakan selama 15 hari. 800 orang dari pelbagai lapisan umur menerima pakaian ini yang dibeli hasil sumbangan rakyat Malaysia melalui Syria Care pada Tabung Kecemasan Timur Ghoutah April lalu.
 
Jazakumullahu khairan jaza’ atas sumbangan yang anda berikan. Semoga Allah terimanya sebagai amalan soleh.
 
#syriacaremedia
[huge_it_slider id=”283″]

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *