indian porn max aloha tube 8 family porn best malay porn hub エロ動画 วิดีโอเอ็กซ์ أنبوب الجنس العربي

TUNGGU ISYARAT SERANG JISR AL SHUGHUR

Tentera regim Bashar al Assad dilapor menunggu masa untuk melancarkan serangan terbaru bagi menawan semula bandar Jisr al Shughur, di Idlib.

Menurut portal berita pro Hezbullah, Al Masdar News, ia akan diketuai pasukan elitnya, Tiger Forces.

Tulisnya lagi, sama seperti mana-mana operasi terdahulu, ia akan dibantu oleh kumpulan pro Bashar manakala serangan dari udara akan dibuat oleh pesawat Rusia.

Al Masdar News mendakwa lampu hijau telah diberikan Turki untuk memulakan operasi berkenaan kerana pada masa sekarang bandar itu dikuasai kumpulan anti kerajaan Hayat Tahrir al Sham dan Turkestan Islamic Party (TIP).

Bagaimanapun katanya, sehingga kini tiada kenyataan rasmi dibuat mengenai perkembangan itu.

Jisr al Shughur dianggap penting untuk dikuasai kerana kedudukan strategiknya.

Ia perlu ditawan kerana kewujudan kumpulan penentang di kawasan berhampiran termasuk Al Ghaab, memberi risiko tinggi ke atas Pengkalan Udara Hmeimim, yang terletak di timur Laut Latakia.

 

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *